Siakap Keli

(Video)Trend Terbaru Makan Sireh ‘Berapi’ Di India, Orang Ramai Sanggup Beratur Untuk Mencuba

Anda tentu pernah melihat datuk atau nenek anda di kampung makan sireh. Daun sireh ditambah dengan buah pinang serta kapur sebelum ditumbuk hingga lumat menggunakan peralatan khas. Apabila dimakan, mulut bertukar merah hasil tindak balas bahan campuran sireh di dalam mulut itu tadi.

Tetapi tahukah anda, amalan makan sireh ini popular di seluruh dunia dan dikatakan berasal daripada negara di Asia Selatan di India. Hingga kini, amalan makan sireh turut diteruskan generasi muda. Malah, terdapat beberapa orang penduduk di sana mengambil kesempatan membuka gerai tepi jalan dengan menjual sireh pelbagai variasi.

Terkini, trend disana adalah makan sireh ‘berapi’. Ya, betul anda tidak salah membaca. Di India, sireh dihidangkan dengan pelbagai bahan sampingan ataupun inti antaranya gula, buah pinang kering ataupun rempah ratus.

Manakala sireh berapi dikatakan diinspirasikan dariapda penyediaan manimun beralkohol yang boleh menyala apbila dibakar. Sireh-sireh ini apabila diisi dengan inti mengikut kemahuan pembeli akan dituang dengan sedikit alkohol, dipercayai arak sebelum dinyalakan.

Lebih menarik, sireh ini akan disuapkan terus kepada mulut pelanggan dengan sepantas kilat. Pelanggan tidak akan tercedera sekiranya berdiri dengan betul. Saksikan video dibawah bagaimana ia dilakukan.

Sumber: Insider

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen