Siakap Keli

Awas Jika Anak Selsema Lama Dan Keluar Cecair Kekuningan, Doktor Pesan Mungkin Ada Benda Asing Dalam Hidung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap ibu bapa pasti merasa gembira apabila melihat anak masing-masing aktif dan meneroka perkara baru. Kelatahnya bermain sama ada di dalam ataupun di luar rumah boleh membuatkan ibu bapa merasa gembira.

Begitupun, membiarkan anak aktif secara sendirian tanpa pengawasan adalah berbahaya. Bukan sahaja risiko kemalangan ketika bermain yang perlu dibimbangkan, kadang-kadang tingkah laku si anak juga perlu diperhatikan, takut-takut mereka memasukkan sesuatu barang yang berbahaya ke dalam rongga badan seperti telinga mulut dan badan.

Seperti info yang dikongsikan oleh Dr. Mohd Shaiful Nizam ini, jika anda sebagai ibu bapa melihat si anak mengalami selsema berpanjangan, lebih-lebih lagi hingga keluar cecair kekuningan, bawalah segera berjumpa doktor kerana ia mungkin tanda-tanda ada objek asing berada dalam hidung si anak.

Jom baca perkongsian beliau di bawah untuk memahami lebih lanjut. Semoga bermanfaat.

Anak anda mengalami selsema berpanjangan? Keluar cecair kekuningan dan berbau sebelah hidung sahaja?

AWAS..!! Anak anda mungkin mempunyai bendasing ( foreign body ) di dalam hidung.

Jom ikuti bebenang dibawah:

PENGENALAN

– Adalah menjadi kebiasaan kepada kanak-kanak yang suka explore untuk memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung.

– Tetapi sebagai penjaga, kita harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan perlakuan mereka agar tidak berlaku komplikasi yang serius.

GEJALA

1. Selsema yang berterusan walaupun kerap dapatkan rawatan.

2. Cecair busuk atau lendir kekuningan keluar sebelah hidung

3. Sukar bernafas pada sebelah hidung sahaja

4. Anak-anak dengan selamber memberitahu dia ada masukkan benda ke dalam hidung.

JANGAN PANIK

1. Jikalau anda nampak bendasing itu berada agak ke dalam, JANGAN SESEKALI cuba untuk TOLAK/KELUARKAN dengan besi di rumah.

2. Tindakan ini sangat berisiko dan boleh menyebabkan bendasing itu makin tertolak ke dalam hidung atau termasuk ke dalam saluran pernafasan.

PEMERIKSAAN DI HOSPITAL

1. Langkah awal biasanya akan dibuat imbasan Xray dan dirujuk kepada Dr ENT jika perlu.

2. Pemeriksaan detail termasuk ujian nasal endoscopi jika perlu.

3. Jikalau bendasing dapat dilihat di klinik, Dr ENT akan cuba keluarkan menggunakan alat-alat tertentu.

BERJAYA ATAU TIDAK BERJAYA?

1. Andai bendasing dapat dikeluarkan diklinik tanpa sebarang komplikasi, pesakit dibenarkan pulang dengn temujanji susulan.

2. Andai tidak berjaya, rawatan seterusnya adalah perlu masuk wad dan akan di keluarkan dalam dewan bedah secara bius penuh (GA)

RAWATAN DEFINITIF

1. Untuk kes-kes berisiko (bendasing yang lama atau terlalu kedalam rongga) atau pun bendasing yang bersifat kimia yang menghakis (bateri), kebiasaanya akan dikeluarkan di dalam dewan bedah di bawah bius penuh.

Seperti pesakakit kami di dalam gambar di atas.

KONKLUSI

1. Sebagai ibu bapa yang prihatin, sentiasalah awasi pergerakan dan permainan anak-anak anda.

2. Andai bermafaat, sila kongsi.

Sumber: Dr. Mohd Shaiful Nizam

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.