Siakap Keli

Hari-Hari Bertarung Nyawa, Kanak-Kanak Ini Sanggup Panjat Tangga Gunung Berjam-Jam Nak Ke Sekolah

Terdapat sebuah kampung terpencil terletak di kawasan pergunungan Sinchuan dengan altitud 1,400 meter di paras laut.  Satu-satunya cara penduduk kampung untuk keluar dan masuk kawasan itu adalah dengan memanjat tangga rotan setiap hari, termasuk untuk kanak-kanak yang ingin ke sekolah setiap pagi.  Salah pijak tangga, mereka akan jatuh ke bawah.

Setelah mendapat aduan daripada kebanyakan penduduk kampung, kerajaan tempatan akhirnya menyedari kesusahan mereka dan menggantikan tangga rotan kepada tangga yang lebih kukuh diperbuat daripada besi.  Keluasan anak tangga dilebarkan dan turut disediakan platform untuk penduduk berehat sebelum menyambung perjalanan.

Dalam pada masa yang sama, ada diantara penduduk bersuara kepada kerajaan kenapa tidak dibuka sahaja jalan atau pindahkan seluruh penduduk?

Kerajaan memberitahu bahawa kos untuk membuat semua itu sangat tinggi.  Jika semua penduduk dipindahkan, ia akan menyebabkan kesukaran mereka untuk menyesuaikan diri dan mencipta masalah sosial lain.

Seram bila tengok video dibawah ini bagaimana mereka mendaki tangga setinggi itu hari-hari.

Sumber: Injury Lawyer New Port News

Nur Farra