Siakap Keli

Hina Agong, Doktor Di Klinik Mediviron Lepas Jawatan Serta Merta

Rentetan daripada keputusan mengejut Baginda Sultan Kelantan meletak jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong, pelbagai respon ditinggalkan netizen di media sosial, tidak terlepas adalah respon-respon yang tidak beretika dan langsung tidak menghormati Baginda sebagai Ketua Negara.

Paling kurang, terdapat tiga kes menghina terhadap Baginda yang menjadi tular dan mendapat perhatian netizen. Insiden pertama membabitkan staf Cisco ASEAN, insiden kedua pula membabitkan pasangan suami isteri dengan salah seorang daripada mereka berkhidmat dengan TNB dan terakhir adalah kes membabitkan seorang doktor yang berkhidmat di Klinik Mediviron.

Jika Cisco ASEAN sudahpun memecat stafnya dan TNB berjanji untuk menyisat insiden berkenaan, Kumpulan Klinik Mediviron dalam satu kenyataan mengesahkan doktor berkenaan telah pun melepaskan jawatannya serta-merta.

”Doktor berkenaan telah memohon maaf di atas komennya dalam akaun facebook beliau sendiri. Beliau telah bersetuju bertanggungjawab sepenuhnya di atas komennya itu, beliau telah melepaskan jawatannya sebagai doktor di Cawangan Klinik Mediviron di Jalan Raja Harun, Kajang dengan serta-merta,” kata kenyataan tersebut.

Kumpulan Klinik Mediviro juga menyatakan kekecewaan diatas tindakannya meninggalkan komen menghina yang telah mengguris perasaan dan sensitiviti masyarakat Malaysia.

Kata kenyataan itu lagi, komen yang ditinggalkan oleh doktor berkenaan tidak mencerminkan apa jua pendapat dan penilaian kakitangan serta pengurusan Kumpulan Klinik Mediviron.

”Nilai-nilai yang kami tanamkan selama 33 tahun dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik oleh doktor-doktor dan jururawat kami meliputi pelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Berdasarkan paparan screenshot yang tular, doktor berkenaan sudahpun membuat permohonan maaf dan mendakwa akaun facebooknya telah digodam.

Sumber: Kumpulan Klinik Mediviron

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.