Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ibu Bapa Perlu Bertindak Tenang Menghadapi Anak Yang Tantrum

Zaman sekarang boleh dikatakan ramai ibu bapa yang memanjakan anak-anak mereka dengan memberi apa yang mereka inginkan. Tanpa anda sedar, keadaan ini boleh menyebabkan simptom tantrum.

Tahukah anda mengenai tantrum ia merupakan keadaan di mana anak-anak akan menjerit, menendang, dan mengamuk sekiranya tidak dapat apa yang diingini. Tantrum biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia 12-18 bulan ke atas.

Pada usia tersebut, mereka masih belum boleh bercakap maka perbuatan menjadi perantara untuk mengambarkan perasaan marah, lapar, kecewa dan sebagainya. Mungkin ada yang pernah lihat kanak-kanak yang menangis sambil berguling-guling di pasaraya atau tempat awam dan tingkah laku tersebut dipandang pelik oleh sesetengah masyarakat.

Sumber Google: http://www.franthony.com

Sesetengah ibu bapa akan bertindak memarahi anak-anak mereka dan separuhnya lagi akan membiarkan sahaja anak mereka bertindak sedemikian. Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh ibu bapa yang berhadapan dengan anak-anak yang mengalami tantrum ialah:

Bertenang

  • Sekiranya anak anda mengamuk biarkan ia sendirian dan perhatikan dari jauh. Jangan marah atau pukul anak tersebut kerana ia akan lebih memberontak. Nasihat anak tersebut setelah ia kembali tenang.

Alih Perhatian Anak

  • Sebagai ibu bapa, pasti kita akan mengetahui yang anak kita akan mengamuk apabila nampak sesuatu permainan atau sebagainya. Jadi apabila tiba di sesuatu pasaraya alih perhatian mereka supaya tidak nampak tempat permainan atau sebagainya. Jangan alih perhatian mereka dengan memberikan gajet.

Abaikan Tantrum

  • Bagi anak-anak yang bertindak ganas seperti menendang orang, membaling seseuatu yang tajam dan perkara itu berlaku di tempat awam. Tarik anak anda ke kawasan yang selamat dan tidak membahayakan orang lain.

Fahami mereka

  • Dekati mereka dan cuba fahami apa yang menyebabkan mereka mengamuk. Sesetengah kanak-kanak bukan mengamuk disebabkan tidak dapat apa yang diinginin tetapi kerana lapar atau letih.

Tawarkan sesuatu

  • Berikan mereka ganjaran apabila mendengar kata dan tidak mengamuk contohnya berikan pelukan dan pujuk mereka dengan cara yang baik.

Biasanya keadaan tidak akan berlanjutan dan akan berhenti apabila mencapai usia 4 tahun kerana mereka telah boleh memahami apa yang kita perkatakan. Jadi ibu bapa di luar sana tidak perlu risau kerana tantrum boleh ditangani dan kadang-kadang mereka hanya inginkan perhatian daripada kita.

Sumber: healthlinemayoclinichealthychildren

 

 

marlya syafikah