Siakap Keli

Mayat Bayi Ditemui Berhampiran Masjid Muara Mongkos

SERIAN (Sarawak), 9 Jan (Bernama) – Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan berbalut dengan kain putih ditemui orang awam berhampiran Masjid Muara Mongkos di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis berkata sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas polis menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada 8 pagi,

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan gigitan haiwan pada bahagian lengan dan pinggang mayat bayi itu.

“Pihak forensik juga telah dipanggil untuk membantu menjalankan siasatan. Bedah siasat akan dibuat dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kematian dengan membuang mayat secara sulit.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di