Siakap Keli

“Menggigil Dengar Amalan Seks Bebas Rakan Sekerja Macam Dah Biasa,” Wanita Beri Nasihat Para Gadis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Melayari bahtera perkahwinan dan hidup bahagia bersama pasangan dan melihat anak-anak membesar sememangnya merupakan impian setiap insan di dunia ini. Siapa yang tidak mahu hidup bahagia dan menjalani hari-hari indah bersama keluarga.

Tetapi, perkahwinan tidak boleh dipandang dari sudut kemanisannya sahaja kerana setiap rumah tangga ada pasang surutnya. Pasti ada ujian dan cabaran alam perkahwinan yang akan dilalui dalam melayari bahtera rumah tangga ini.

Entri kali ini merupakan perkongsian daripada saudari ini berkongsi pengalamannya diasak dengan soalan yang sama berkali-kali.  Soal perkahwinan.  Wajarkah kahwin pada usia muda?

Masa saya 18 tahun, kawan sekelas saya kahwin. Masa saya umur 19 tahun, ada org ajak saya kahwin tp saya tak ambil serius, saya masih terlalu muda nak berkahwin. Masa ni, saya masih belum terdedah dengan manis pahit alam perkahwinan. Ramai orang cakap kahwin muda ni manis, indah. Tapi ada satu soalan yang tak pernah saya tanya secara terbuka. Bagaimana pahit alam perkahwinan? Kenapa tak sebut? Ye la, tak perlu sebar aib orang, tak perlu share urusan rumah tangga dan benda buruk ni bila share jadi topic hangat untuk gossip, yang manis pun orang bercakap, yang buruk lagi la. Semua perkahwinan ada manis dan dan pahitnya tidak kira kahwin muda atau tua.

20an, saya mula melihat dunia dari pandangan berbeza. Saya kenal seorang wanita yang diceraikan suami kerana isteri sudah tidak cantik. Isteri yang tidak cantik itulah berhenti kerja sebagai pensyarah untuk mak mertua yang sakit tapi suami tidak nampak pengorbanan si isteri. Saya pernah senyum tanda hormat pada suami seorang kenalan saya tapi senyuman miang yg dibalas.Tak lama selepas itu saya dapat tahu mereka sudah bercerai kerana si suami ada perempuan lain. Saya juga pernah kenal wanita yang sudah berkahwin tp ada boyfriend. Saya juga pernah kenal dengan pasangan muda yang berkahwin atas aturan family tapi masing2 buat urusan sendiri. Berkahwin tp masing2 ada pasangan. Saya juga pernah dengar suami orang dan isteri orang bersama untuk puaskan nafsu. Ada yang berkahwin dua, 2 bulan lepas perkahwinan pertama.

Macam mana saya tahu? Cukuplah saya cakap saya banyak mendengar. Saya suka mendengar dan itu cara saya belajar drpd pengalaman orang lain. Jujur saya cakap, process saya mendengar cerita orang ni tak mudah. Saya agak judgmental dulu, saya judge orang dalam diam, cuma tak dizahirkan, tak terluah cuma pendam dalam hati. Tapi bila saya cuba untuk mendengar, saya mula belajar untuk terima dan faham orang lain. Bagi saya setiap manusia ni ada sisi baik dia. Mungkin perlukan someone untuk guide mereka untuk berubah.

Atas sebab2 begini, perkahwinan ni agak berat bagi saya. Bukan nak menolak tp kena ada persediaan yang betul. Yang paling saya Khuatir adalah bab agama. Kita kahwin untuk jaga agama, tapi ada yang masih berzina walaupun dah ada pasangan yang halal. Ramai lagi tak faham kenapa berkahwin ni adalah salah satu sunnah yang dituntut. Itu belum dapat suami kaki pukul, isteri kaki kikis. Minta dijauhkan. Tanggungjawab, komitmen dan lain2. Banyak benda yang perlu difikirkan.

Menggigil juga kaki saya masa saya dengar amalan seks bebas dgn office mates ni biasa bagi sesetengah orang. Habis tu awak kahwin untuk apa? Tahu kan hukuman zina untuk pasangan yang dah berkawin? Rejam sampai mati. Itu dekat dunia, belum akhirat. Nampak tak macam mana Allah jaga perkahwinan. Macam mana nilai sebuah perkahwinan.

Point saya kat sini, tak perlulah kita rushing nak kahwin. Tak perlulah main terima je sapa yang hadir tanpa kenal hati budi masing-masing. Lebih baik lambat drpd dapat pasangan yang salah. Tak perlulah jealous bila ada kawan yang kahwin awal. Setiap perancangan Allah tu dah elok. Rezeki kita berbeza, perjalanan hidup kita juga berbeza. Tak perlu risau kalau tak jumpa pasangan lagi. Masa single yang ada guna sebaiknya. Perbetul diri kita dulu, jangan putus asa berdoa, semoga dipertemukan jodoh yang baik, yang boleh bersama saat susah senang, yang bersama berusaha untuk dapat keredhaan Allah dan ibu bapa.

Marriage is not a happy ending, itu fairy tales je. Ending Cinderella, Snow White dan sebagai tunjuk ending sampai kahwin je. Lepas kahwin tak tunjuk dah, terus the end. Marriage is a new beginning, perjalanan untuk hidup sendiri tanpa bantuan parents, pegang tanggungjawab yang lebih berat dan ada pelbagai komitmen yang memerlukan usaha berterusan.

Sekian sharing pertama untuk tahun ini.

( I’m not against marriage be it early or late marriage. What matters is the marriage itself. It’s not just about halal relationship, it’s more than that. It’s so wrong when religion comes second, that’s why we have so many marital issues these days. This is not from my circle, alhamdulillah Allah hadirkan insan2 baik. I learnt a lot of good things and there are a lot of positive sides as well but I’m pointing out on some minority issues, that’s all. )

Nur Farra