Siakap Keli

Pencuri Dibelasah Teruk Selepas Salah langkah Cuba Rompak Atlet MMA

Seorang lelaki dibelasah hingga terduduk tidak mampu bergerak selepas tersilap langkah cuba merompak seorang wanita yang merupakan atlet wanita seni bela diri campuran (MMA) di Rio de Janeiro.

Atlet Polyana Viana yang juga dikenali dengan jolokan nama ‘wanita besi’ memberitahu media bahawa suspek mendekatinya yang sedang menunggu Uber dan bertanyakan tentang masa sebelum cuba mengeluarkan senjata dan memintanya menyerahkan telefon bimbit.

” Suspek datang duduk di sebelah saya dan bertanya pukul berapa ketika itu”

“Selepas menjawab soalannya, dia tetap enggan beredar dan saya bangun untuk berpindah tempat tetapi dia segera cuba untuk merampas telefon bimbit saya dan kemudiannya meminta saya menyerahkannya segera kerana dia memiliki senjata,” jelas Viana yang dipetik dari laporan berita tempatan.

Bagaimanapun, Viana menyedari senjata yang digunakan suspek hanyalah replika pistol yang yang diperbuat dari kadbod sebelum dia menghayunkan dua tumbukan dan sepakan kepada lelaki tersebut serta menggunakan teknik ‘rear-naked choke’ yang membuatkan suspek terkejut dan terduduk.

A photo of a cardboard gun which a mugger tried to rob UFC fighter Polyana Viana with

Lelaki tersebut terkejut kerana tidak menyangka mangsanya itu bukanlah orang biasa-biasa tetapi seorang atlet seni bela diri yang terkenal.

Jelas Viana lagi, suspek meminta Viana untuk segera menghubungi polis kerana dia takut sekiranya dibelasah lagi.

“Suspek terkejut kerana saya bertindak pantas dan membuatnya rebah sementara menunggu pihak berkuasa datang.

 

Viana memuat naik gambar lelaki tersebut yang sedang berlumuran darah dan bengkak pada muka sambil menunggu pihak polis tiba di tempat kejadian.

Sumber: MMA Mania

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar