Siakap Keli

Pub, Kelab Malam, Disko Dan Kasino Bukan Kawasan Larangan Merokok

Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya atau KKM Putrajaya sebentar tadi memuat naik satu tweet yang menjelaskan bahawa pusat hiburan bukan merupakan kawasan larangan merokok.

”Pub, kelab malam, disko dan kasino tidak termasuk di bawah peraturan baharu larangan merokok yang dikuatkuasakan 1 Jan 2019 yang lalu kerana bukan dilesenkan sebagai tempat makan,” kata tweet tersebut.

Sebelum ini, kerajaan melalui KKM mengumumkan bahawa semua premis tempat makan merupakan kawasan larangan merokok, shisha dan rokok elektronik seperti vape dan nano stick bermula 1 Januari 2019 dalam lingkungan jarak 3 meter daripada kedai.

Penguatkuasaan premis tempat makan sebagai kawasan larangan merokok menjadikan keseluruhan 24 zon larangan merokok, antaranya adalah hospital, taman awam, pengangkutan awam dan mana-mana premis kerajaan.

Sumber: KKM Putrajaya

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.