Siakap Keli

Sekolah Canggih, Pakai Sistem Biometrik Imbas Cap Jari Rekod Kehadiran Pelajar

Pelbagai inisiatif pihak sekolah untuk memastikan kehadiran pelajar ke sekolah tepat mengikut masa yang dijadualkan.

Kehadiran pelajar ke sekolah boleh memberi kesan kepada pengurusan disiplin pelajar serta secara tidak langsung turut menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebuah sekolah di Johor, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara mengambil inisiatif baru menggunakan teknologi canggih, sistem biometrik dengan imbasan cap jari untuk mengambil kehadiran murid.

Bagusnya sistem ini, ibu bapa dapat menerima laporan secara terus akan status kehadiran anak masing-masing.

Respon ibu bapa dalam menggunakan sistem diterima baik oleh mereka walaupun perlu membayar RM15 setahun untuk satu keluarga bagi menampung kos sistem.

Sumber: Video NTV7

Nur Farra