Siakap Keli

Tragis, Kecewa Putus Tunang, Lelaki Tembak Kekasih Sebelum Tembak Kepala Sendiri

Misteri kematian tragis sepasang kekasih yang ditemui dengan kesan tembak di sebuah bilik hotel di Kota Kisaran, Kabupaten Asahan, Sumatera Utara Indonesia isnin lalu akhirnya terungkai hari ini.

Berdasarkan hasil siasatan pihak polis, mangsa, Hasyim Prasetyo, 33, dikatakan menembak kepala kekasih yang merupakan tunangannya, Devi Istiana, 23, sebelum membunuh diri.

“Devi ditembak dari jarak dekat di bahagian belakang kepalanya hingga menembus ke mata sebelah kiri. Kemudian Hasyim menembak kepalanya sendiri di bahagian depan hingga tewas,” kata Jurucakap Polis, FaisalĀ F. Napitupulu.

Tindakan tersebut didakwa dilakukan atas rasa kecewa lelaki tersebut kerana pertunangan mereka telah dibatalkan oleh pihak perempuan.

”Menerusi pesanan whatsapp antara Hasyim dan Devi, terlihat rasa kekecewaan Hasyim yang terpaksa membatalkan pertunangan dengan Devi,” kata Faisal.

Lelaki tersebut yang merasa sakit hati kemudiannya didakwa berkemungkinan merancang pembunuhan tersebut dengan mengajak kekasihnya menginap di hotel itu.

Isnin lalu, mayat mereka berdua ditemui tanpa pakaian di hotel berkenaan oleh petugas yang merasa curiga kerana kedua-duanya didapati tidak keluar daripada bilik dalam tempoh yang lama.

Sumber : Tribunnews

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.