Siakap Keli

‘Tuala Wanita Ajaib’ Dakwa Boleh Rawat Sakit Dalaman Wanita, Doktor, Netizen Kritik Keberkesanan Produk

Media sosial dikejutkan dengan ciptaan baru lagi ‘canggih’ berasaskan tuala wanita yang didakwa boleh menguatkan otot pelvis wanita serta mampu merawat lemah kawalan kencing.

Hal ini membuatkan orang ramai mula mempersoalkan kelebihan produk tersebut yang dipercayai ‘ajaib’ kerana berupaya merawat penyakit dalaman wanita.

Terpanggil dengan isu ini, ramai doktor terkenal membuat ‘gerakan’ kesedaran kepada orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan produk sedemikian.

Dr. Amalina Bakri, Prof. Imelda dan Dr. Rusyainie antara yang mengulas tentang produk itu serta memberi pendedahan kepada netizen tentang masalah wanita daripada perspektif perubatan.

Selain mendapat kritikan orang ramai, ada juga yang turut berkongsi kelebihan lain tuala wanita itu yang didakwa boleh menjimatkan elektrik serta kebahkan demam hanya dengan melekatnya di peti elektrik ataupun dahi pesakit.

Renung-renungkan. Semoga bermanfaat.

Sumber: Twitter

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di