Siakap Keli

100 Pengikut Bertuah Menang RM50,000 Hanya Dengan ‘Retweet’ Status Jutawan Jepun Ini

Yusaku Maezawa merupakan seorang pengasas platfrom membeli-belah dalam talian kedua terbesar di dunia iaitu Zozo Inc.  Namanya menjadi bualan baru-baru ini apabila beliau mengumumkan untuk memberi duit sebanyak lebih RM 50,000 seorang kepada 100 pengikut Twitter yang bertuah.

Jumlah duit yang ingin diberikan melebihi RM 5 juta ringgit sebagai simbol penghargaan kepada semua pelanggan yang mengggunakan medium membeli-belah, Zozotown.

Syarat untuk memenangi wang itu sangat mudah, dengan hanya retweet status yang dimuatnaik pada 7 Januari lalu.

Sejak status itu dimuatnaik, tweet itu telah meraih lebih  5 juta retweet dan memecah rekod status paling tinggi dikongsi di Twitter.

Dalam status itu, Maezawa berkata, “Untuk memenangi wang itu, RT tweet ini.”

Status itu turut disertakan poster seorang lelaki ke bulan sebagai salah satu simbol bahawa dia antara ‘pelancong’ pertama akan dibawa terbang dan menjelajah ke bulan bersama roket Space X.

Pada pagi 8 Januari, Maezawa mengumumkan bahawa dia sedang dalam proses menapis pemenang bertuah.  Pemenang juga akan dimaklumkan menerusi statusnya di Twitter.

Satu lagi tweet pada hari yang sama, Maezawa memberitahu bahawa semua pemenang telah dipilih dan kesemua mereka telah dimaklumkan akan kemenangan itu.  Bestnya!

Memandangkan perkara itu mendapat sambutan yang menggalakkan, Maezawa merancang untuk melakukannya sekali lagi dengan membenarkan para pengikutnya memilih sendiri hadiah untuk dimenangi.

Sumber: Yusaku Maezawa, Mothership

Nur Farra