Siakap Keli
Gambar Hiasan

5 Manfaat Anggur Yang Jika Anda Tahu Membuatkan Anda Tidak Lekang Memakannya

Khasiat buah-buahan mengandungi serat, air dan nutrisi yang tinggi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan menganjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

Pelbagai buah-buahan yang bagus untuk pemakanan seharian kita termasuklah buah anggur. Buah anggur ini membolehkan berat badan turun dan mempunyai serat, air dan nutrisi yang dapat menurunkan berat badan seseorang.

Sebatian polifenal didalamnya merupakan salah satu sebab mengapa buah berbentuk oval dan sangat berkhasiat. Bukan itu sahaja, buah anggur juga dikatakn dapat mencegah kanser kerana ia erkesan dalam menangani radikal bebas.

Tapi, masihkah anda tahu bahawa khasiat buah anggur ini terlalu tinggi untuk kesihatan tubuh badan? Ini beberapa kebaikannya.

1. Menyihatkan Jantung

Buah anggur yang juga tergolong ke dalam kategori superfood ini berkhasiat untuk mengatur tekanan darah, mengurangkan keradangan, memperbaiki aliran darah serta melindungi sistem vaskular dalam badan.

2. Mengekalkan kulit yang sihat

Kandungan air yang tinggi menjadikan anggur berkhasiat untuk mengekalkan kulit yang sihat. Menurut beberapa kajian, anggur mengandungi fitonutrien yang tinggi melindungi sel-sel kulit daripada kesan radiasi ultraviolet.

3. Mengurangkan diabetes

Resveratol merupakan salah satu antioksiden yang terdapat dalam anggur mempunyai keupayaan untuk meningkatkan imuniti. Bukan itu sahaja, antioksiden ini juga dikaitkan dengan peningkatan peraturan gula darah dengan mempengaruhi metabolisme karbohidrat, jadi anggur adalah ubat semulajadi yang baik untuk mengawal gula dalam darah tubuh kita.

4. Mengurangkan risiko kanser

Mungkin ramai di antara kita pernah terdengar bahawa jika makan anggur besertakan bijinya akan mencegah kita daripada terkena kanser. Hal ini dibuktikan bahawa anggur mampu menetang radikal bebas. Ia juga kaya dengan antioksidan dan menghadkan reaksi yang mencetuskan pertumbuhan dan perkembangan tumor.

5. Menangani masalah penghidratan

Fakta menunjukkan anggur didominasikan oleh air sehingga 82 peratus kandungannya. Atas sebab ini, anggur adalah ubat yang erbaik untuk menangani masalah penghidratan. Bukan itu sahaja, anggur juga boleh menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan menjana sel-sel mati serta mengekalkan hidrasi kulit kering.

 

Sumber:

  1. https://www.healthline.com/nutrition/benefits-of-grapes
  2. https://www.stylecraze.com/articles/top-10-health-benefits-of-grapes/#gref
  3. https://www.goodhousekeeping.com/health/diet-nutrition/a47266/health-benefits-of-grapes/
  4. https://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/health-benefits-of-grapes.html

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang