Siakap Keli

Berang Kura-Kura Peliharaan Kena Makan, Lelaki ‘Salib’ Dan Bakar Tikus

Seorang pelajar universiti di China bertindak keterlaluan apabila menyalib dan membakar seekor tikus kerana memakan kura-kura peliharaan miliknya.

Bagaimanapun tindakan lelaki berkenaan yang berkongsi beberapa keping gambar ‘penyiksaan’ tersebut di media sosial telah mencetuskan kemarahan netizen terutamanya kumpulan pecinta haiwan.

Melalui gambar yang tular tersebut, dapat dilihat tikus berkenaan dalam lemah dengan tangan dan kaki diikat dalam bentuk salib pada sebatang kayu. Tidak lama kemudian, dalam gambar yang berbeza, tikus berkenaan sudahpun dibakar.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada tikus berkenaan masih hidup atau sebaliknya ketika dibakar.

Insiden kejam berkenaan dipercayai berlaku di Institut Kesenian Guangxi, di Nanning. Dalam salah satu komen yang ditinggalkan pada kiriman di Weibo itu, ada netizen mendakwa ia berlaku berhampiran dengan kawasan tasik universiti.

Pihak universiti dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa insiden berkenaan dipandang serius dan pelajar tersebut sudahpun dipanggil untuk disoal siasat.

”Bangkai tikus itu sudah diuruskan. Pelajar tersebut sudahpun dipanggil universiti dan kami mengkritik tindakan tidak berperikemanusian yang ditunjukkannya,” kata wakil universiti.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.