Siakap Keli

Jangan Pandang Remeh Pada Masalah Lipas, Mereka Boleh Jadi Pembawa Kuman Berbahaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lipas, cicak, semut dan beberapa jenis serangga lain mudah dijumpai di ruangan seperti rumah, restoran dan sebagainya. Kadang-kala jumlah mereka ini terlalu banyak hingga menyukarkan kita untuk mengawalnya.

Kehadiran binatang ini pastinya membawa banyak kesan buruk seperti meninggalkan najis-najis yang pastinya membuat rumah dan premis menjadi kotor.

Perkara-perkara yang lebih membahayakan boleh berlaku sekiranyanya kita tidak mengendahkan kehadiran mereka ini dan tidak berusaha untuk membasminya.

Entri kali ini akan berkongsi penulisan dari Mohd Fhais mengenai bahaya lipas dan kuman-kuman yang dibawa binatang ini.

Oleh itu, sekiranya di tempat tinggal anda ada banyak lipas, segeralah mencari alternatif untuk membasminya bagi mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini berlaku kemudian hari.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

how-to-kill-roaches-fast

Hati-Hati Dengan Lipas !

Jangan geli hati sangat kalau nampak isteri atau anak perempuan kita geli bila nampak lipas. Sebab lipas bukan sahaja kotor tapi binatang kecil ini adalah pembawa penyakit serius.

Sekali lipas datang ke rumah kita, ia bawa sekali ribuan kuman yang berbahaya pada tubuh manusia. Nampak sahaja badan kecil tapi kuman dia boleh buat kita kena cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah mata boleh bengkak.

Lipas la punca kalau bangun tidur mata kita tiba-tiba bengkak !

Kesan dia lebih teruk kalau kena pada anak-anak yang masih kecil. Boleh kena keracunan makanan yang serius tau.

Related image

Bagaimana Lipas Boleh Jadi Pembawa Kuman Berbahaya?

Lipas sebenarnya ada satu tabiat buruk semasa makan. Ketika makan lipas akan melakukan “regurgitasi” iaitu memuntahkan balik apa yang sedang di makan.

Maka jika lipas makan di tempat sampah, maka di situ juga dia akan “beregurgitasi”. Sampah yang dah memang penuh dengan kuman, di tambah pula dengan najis lipas, kuman-kuman bahaya ini akan melekat pada kaki lipas.

Bahkan terdapat satu kajian bahawa lipas membiakkan bakteria “Pseudomonas Aeruginosa” di ususnya. Bakteria ini boleh sebabkan jangkitan pada salur kencing, masalah pencernaan dan keradangan pada badan.

Image result for cockroach Pseudomonas Aeruginosa

Lipas juga punca alahan pada kanak-kanak. Air liur dan badan lipas ada beratus-ratus alergen yang boleh menyebabkan alahan seperti ruam, kegatalan, bersin dan mata berair.

Jadi kalau tersentuh atau lipas lalu di kulit kena cepat-cepat basuh. Bukan sebab kotor tapi bahaya !

Jika kita terpegang anak dengan kuman lipas di tangan kita boleh sebabkan mata anak jadi bengkak atau gatal.

Antibodi anak kecil belum berupaya melawan kuman dari luar. Jadi ini serius !

Bukan lipas sahaja, malah semua serangga perosak itu bahaya. Seperti lipan berbisa, semut merosakkan dan tikus lagi banyak kuman.

Oleh itu, saya nasihatkan kalau nak bersihkan rumah atau mencuci lantai jangan fokus pada cantik, wangi dan berkilat sahaja, pastikan juga ada bahan-bahan anti bakteria dan anti serangga perosak.

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar