Siakap Keli

Pendedahan ‘Eksklusif’ Bagaimana Nak Jadi Pekerja Dambaan Majikan Menurut Steve Job

Artikel ini disumbangkan oleh Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.

Editor: Mohd Firdaus

‘Bos haus tak? saya ada buatkan air yang paling sedap dalam dunia khas untuk bos!’

‘Bos panas? Ini saya bawakan kipas.’

‘Bos ni kacak, hensem, bergaya lah! tak pernah tak hensem.’

Ha.. korang mesti pernah jumpa orang macam ni kat tempat keje kan? ‘Kaki kipas’ bos, kalau tapak kasut bos tu dia boleh jilat, mau dijilatnya sampai bersih. Kadang meluat tengok segelintir pekerja yang ada attitude macam ni kan? Nak senang kerja, naik pangkat pastu guna taktik jijik macam ni. Memang la kalau sejenis ber’mulut manis’ korang cenderung untuk jadi kesayangan bos.

Tapi kenapa perlu naik dengan cara yang kotor macam ni, pernah fikir tak kalau korang buat macam ni keberkatan mencari rezeki tu tak ada. Sebab kebanyakan mereka yang kaki kipas bos ni, diorang bercakap memang power! Kadang gajah pun boleh terbang weh, tapi bila masuk bab kerja, tak perform mana pun.

Tahu tak banyak je cara lain untuk korang jadi pekerja ‘favourite’ bos tanpa perlu menjadi kaki bodek pun. Eh yeke? YA! Nak tahu macam mana caranya? Ini dia Maukerja bawakan kepada korang!  Co-founder syarikat eletronik terkemuka Steve Job dedahkan rahsia disebalik kejayaan menjadi pekerja dambaan majikan.

‘Keghairahan’ & Minat

Pengalaman Steve masa mula zaman permulaan Apple sebelum berkembang, Steve merekrut pekerja dari pengurusan profesional. Tapi bila tengok diorang ni hanya power bab pengurusan je tapi bab lain hancusss! Steve menyedari bahawa prestasi kerja yang baik bermula dengan satu perkara ni je, MINAT! Sebab jika seseorang tu ada minat atau keghairahan ‘passion’ dalam pekerjaan, diorang cenderung untuk memberikan hasil kerja yang lebih dinamik dan berkualiti. Sebab diorang mempunyai lebih pemahaman dan ilmu yang mendalam terhadap sesuatu yang diminati berbanding yang hanya berkerja atas faktor gaji dan pangkat je.

Komited & Berdedikasi

Satu lagi kunci yang ‘confirm’ buat korang jadi pekerja kesayangan bos adalah dengan menunjukan ‘effort’ yang bersungguh ketika bekerja. Sebab bila korang komited dalam melaksanakan sesuatu tugas, secara tak langsung nya korang akan hasilkan satu hasil kerja yang berkualiti dan baik. Tapi sifat komited ni korang mestilah bergandingan dengan sikap dedikasi yang juga sinonim kepada sikap sukar mengalah dan tak putus asa. Walaupun korang kena marah atau idea korang di ‘reject’ berkali-kali, korang kena optimis dan percaya bahawa korang mampu selesaikan tugasan tersebut dengan jayanya. Aplikasikan dua sifat ni, memang boom! Pasti bos bagi perhatian sepenuhnya pada korang percayalah.


Bersyukur & Menghargai

Dalam kesibukan dan keghairahan korang nak kejar KPI dan target kerja, jangan lupa untuk berfikir sejenak dengan apa yang korang dah kecapi dalam hidup dan belajar untuk bersyukur dan hargai apa yang korang dah ada sehingga hari ini. Kadang bila korang terlepas pandang untuk beryukur korang akan jadi tamak, dan sentiasa rasa tak cukup, malah korang juga mungkin alami tekanan sebab rasa korang tak cukup baik, walaupun korang sebenarnya dah pun menjadi yang terbaik tanpa korang sedar.

So kalau korang memang takde skill nak ‘kipas’ bos, tapi nak jadi pekerja kesayangan dengan cara yang lebih bermaruah bolehlah aplikasikan semua teknik di atas ya. Boleh juga korang cuba untuk buru kerja kosong di laman sesawang maukerja. Selamat mencuba!

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di