Siakap Keli
Gambar Hiasan

”Saya Sangat Sayangkan Ibu,” Nota Terakhir Anak 10 Tahun Sebelum Bunuh Diri Untuk Gembirakan Ibu

Menyayat hati. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati bersama dengan sekeping nota yang membuatkan ramai tersentuh membacanya.

Dalam notanya, kanak-kanak itu didakwa membunuh diri untuk membuatkan ibunya sebagai ‘wanita paling gembira di dunia’.

Difahamkan, pasukan kecemasan menerima satu panggilan mendakwa terdapat seorang budak perempuan telah menggantung dirinya pada pukul 10.18 malam 6 Januari lalu.

Kejadian itu dikatakan terjadi sewaktu berlangsung satu festival di mana setiap orang memberikan hadiah antara satu sama lain.

Jadi, membunuh dirinya sendiri didakwa sebagai ‘hadiah terbaik’ kanak-kanak itu kepada ibunya dalam nota yang ditulis.

Polis ketika berada di tempat kejadian – Mirror

Dia dilihat menyalahkan dirinya sendiri selepas bapanya meninggalkan mereka, dan percaya bahawa dia telah ‘menyakitkan’ dan ‘merosakkan’ kehidupan ibunya selama ini.

Antara ayat di dalam surat itu yang menyentuh emosi ramai ialah: “Saya berharap suatu hari nanti ibu akan mengingati saya dan apabila di langit akhirnya ibu akan memeluk saya.”

”Saya hanya mahu ibu untuk menjadi wanita yang paling bahagia di dunia ini selepas saya tiada lagi di sini, saya yang menjadi punca hidupnya rosak sejak saya dilahirkan, dan ayah pergi meninggalkan kami.

”Saya mahu ibu saya supaya bertenang, tidak banyak bekerja, hadiah terbaik yang saya minta adalah kegembiraannya.

“Seperti yang anda sering katakan pada saya yang anda berharap saya tidak pernah dilahirkan.

“Saya sangat sayangkan ibu,” menurut nota tersebut.

Jiran-jiran memberitahu bahawa budak perempuan tidak pernah menunjukkan rasa sedih atau kelihatan mempunyai masalah.

Pihak berkuasa di Mexico menyiasat kes kematian itu dan laporan tempatan mendakwa polis sedang meneliti untuk mendakwa ibu kanak-kanak berkenaan. Punca kematiannya disahkan sebagai menggantung diri.

Sumber : Mirror

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.