Siakap Keli

(Video)Hebat, Robot Canggih Ciptaan Orang Jepun Ini Beri Peluang Kepada OKU Untuk Bekerja Dari Jauh

Jepun memang terkenal sebagai sebuah negara yang sangat terkehadapan dari segi teknologi dan pencapaian sainsnya. Hari ini, setiap rumah pasti memiliki barangan elektronik keluaran negara matahari terbit tersebut. Honda, Toyata, Yamaha atau apa sahaja jenama popular negara itu, ia sentiasa menjadi pilihan popular masyarakat tempatan.

Setiap inovasi bangsa Jepun ini, kebanyakkan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat dunia, termasuklah teknolgi robotik yang kami ingin kongsi dengan anda pembaca kami hari ini.

Tidak mahu menyisihkan golongan kelainan upaya (OKU) ceperti cacat anggota badan ataupun sakit sehingga lupuh  daripada kehidupan normal, sekumpulan penyelidik telah membangunkan sistem robot pekerja yang dikawal dengan pergerakkan minima OKU tadi.

Robot-robot ini sebenarnya ‘bekerja’ sebagai pelayan di sebuah restoran terpilih dan ditempatkan dengan tiga buah robot. Selain berupaya untuk bergerak seperti mengambil dan menghantar pesanan, robot ini juga mampu berkomunikasi melalui kawalan manusia.

Manakala OKU yang mengawal robot tadi boleh berada di mana-mana sahaja termasuklah di hopsital, rumah ataupun di pusat jagaan. Mereka mengawal daripada jauh melalui monitor yang berhubung dengan kamera yang bertindak sebagai mata robot, sekaligus memberi pengalaman secara nyata kepada pengawalnya.

Bagi OKU ini pula, mereka boleh memilih untuk mengawal robot-robot ini dengan menggunakan pergerakkan minima anggota badan termasuklah mengawalnya melalui pergerakkan mata.

Nagahito

Sehingga kini, sekurang-kurangnya terdapat 10 orang OKU yang menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada percubaan untuk menguji keberkesanan penggunaan robot pelayan restoran ini. Setiap hari, OKU ini berkerja secara giliran dengan setiap giliran memerlukan tiga orang pengawal dan bekerja selama tiga jam.

Salah seorang perserta adalah Masato Nagahiro yang hanya terlantar di tempat tidur dan cuma mapu menggerakkan bahagian kepalanya sahaja. Nagahito sebelum ini menganggap bekerja di luar adalah mustahil dan hanya mimpi, namun peluang yang ditawarkan kepadanya memberi peluang untuk dia membuka lembaran baru dalam hidup.

”Saya tidak pernah menyangka saya mampu bekerja dengan bantuan daripada robot. Saya sangat teruja untuk melakukannya,” kata Nagahito.

Bagi Nagahito, dengan keupayaan terhad untuk menggerakkan hujung jari tangannya sudah cukup untuk membolehkan dirinya berfungsi di dalam komuniti serba canggih dan maju Jepun.

Saksikan momen-momen indah Nagahito mendapat peluang kali pertama untuk bekerja di restoran.

 

Sumber: NHK World Japan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.