Siakap Keli

Enggan Kecurangannya Terbongkar, Isteri Nekad Racun Suami Hingga Mati

MADURA, JAWA TIMUR: Enggan diketahui curang dan lebih memilih untuk hidup dengan teman lelakinya, seorang isteri di Indonesia sanggup meracuni suaminya hingga mati.

Mangsa yang dikenali sebagai Mistoyo, 45, meninggal dunia setelah tiba di hospital berdekatan Desa Batang-Batang Laok, Kecamatang Batang-Batang, Sumanep, Madura, Jawa Barat.

Mistoyo diracuni isterinya sendiri yang mengaku kepada pihak polis bahawa dia meletakkan racun ikan ke dalam minuman soda campur susu sebelum memberikan kepada suaminya.

Image result for mistoyo diracun

Motif suspek melakukan tindakan itu adalah kerana enggan kecurangannya terbongkar dan ingin bebas dari ikatan perkahwinan dengan Mistoyo sebelum hidup bebas dengan lelaki selingkuhannya.

“Dia mengakui kepada kami meletakkan racun ikan jenis sangkali dalam soda campur susu. Susu beracun itu diminum mangsa saat sebelum tidur di bilik mereka,” kata Pegawai polis Ajun Komisaris Mohammad Heri.

Selepas terminum minuman beracun itu, tubuh mangsa menjadi kejang dan tidak sedarkan diri sebelum ditemui oleh anak mangsa yang kemudiannya memanggil beberapa saksi lain untuk menghantar Mistoyo ke hospital berdekatan.

Bagaimanapun, mangsa tidak sempat dirawat di hospital tersebut apabila dia menghembuskan nafas terakhirnya 15 minit setelah tiba di situ.

Sementara itu, beberapa saksi lain menemui bungkusan plastik yang berisi racun yang digunakan isterinya berhampiran tandas di rumah mangsa.

Sisa minuman yang diminum Mistoyo di tuang ke tanah dan beberapa ekor ayam mati selepas meminum air tersebut membuatkan mereka percaya bahawa mangsa telah diracun oleh seseorang.

Pelakunya kini berada dalam tahan pihak polis tempatan bagi membantu siasatan yan sedang berjalan.

Sumber: Top Metro 

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.