Siakap Keli

Hebat, Hanya Jual Teh Tarik, Pasangan Ini Tersenarai Antara Orang Terkaya Forbes

Siapa sangka dengan hanya menjalankan perniagaan kecil mampu memenuhi impian zaman kanak-kanak mereka iaitu mengembara seluruh dunia.

Vijayan dan isterinya yang kini masing-masing berusia 70 tahun telah mengembar ke 23 negara di dunia daripada hasil pendapatan mereka yang hanya menjual teh tarik di perkampungan kecil, Kochi, India.

Turut disenaraikan dalam ‘Senarai Usahawan Terkaya Forbes’, Vijayan berkata segalanya tercapai selepas perniagaan kecilnya berjaya.

“Ia adalah impian zaman kanak-kanak saya untuk melakukan pengembaraan seluruh dunia.  Saya mencari jalan untuk mencapai impian itu dengan mengumpul duit melalui jualan teh di tepi-tepi jalan di Kochi sebagai pendapatan tetap.”

Vijayan mula menjual teh pada tahun 1963 dan menjadi popular. Sekarang, melayani lebih daripada 300 hingga 350 pelanggan setiap hari, Vijayan dan isterinya akan menyimpan Rs 300 (RM18) setiap hari dan menghabiskan sejumlah wang yang sedikit untuk berbelanja.

Gerai teh mereka adalah salah satu tempat minum teh yang paling terkenal di Kerala dan terus dikunjungi dengan pelanggan sepanjang hari dan malam.

Sumber: MSN

Nur Farra