Siakap Keli

Ratusan Lembu Mati Akibat Cuaca Panas Melampau

Rakaman video menunjukkan ratusan ekor lembu kelihatan terlantar kejung disebabkan oleh fenomena gelombang panas yang melanda negara Mexico sekarang ini.

Presiden kumpulan peladang, Juan Eiras memberitahu bahawa perkara itu adalah disebabkan oleh cuaca panas yang meningkat sehingga 40 darjah celsius, lantas menyebabkan haiwan-haiwan ternakan itu mati.

Eiras dalam pada itu tidak menolak unsur jenayah yang mungkin menjadi punca kematian itu, sambil menambah sampel haiwan telah dihantar untuk dianalisa kemungkinan keracunan.

Salah seorang penternak dan peladang di sana berkata, tahun 2019 bermula dengan cara yang paling teruk.

“Tahun 2019 bermula dengan teruk, kami kehilangan 120 ekor ternakan.”

Sumber: Daily Star

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di