Siakap Keli

4 Soalan ‘Penjerat Diri’ Semasa Interview? Korang Kena Tahu Ni

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Sesi temuduga ni, ibarat suai kenal dengan penilaian luaran yang sangat ketat sebenarnya. Sebab tu korang kena bersedia mental dan fizikal sebelum korang melangkah ke interview. Persiapan yang mantap juga penting, tak boleh ambil mudah dan sambil lewa kan. Kadang sekecil-kecil perkara pun boleh jadi penyebab korang kena ‘reject’ untuk dapat kerja tau.

Salah satu cara korang boleh panah hati penemu duga untuk ‘hire’ korang adalah dengan bertanyakan seberapa banyak soalan diakhir sesi temuduga untuk tonjolkan yang korang memang berminat habis dengan kerja yang ditawarkan tu.

Tapi awas! dalam kesibukan korang fikir soalan yang nak di tanya tu. Ada beberapa soalan panas! yang memang tak sesuai di tanya kepada penemuduga yang Maukerja sediakan. Tolong elakan tanya soalan-soalan berbentuk begini tau. Bahaya! Bahaya! Kadang mungkin soalan tu nampak normal bagi korang tapi sebenarnya menje ngkelkan bagi penemuduga.

1. ‘Kalau saya bekerja lebih masa, ada dapat imbuhan lebih tak?’

Fuh! soalan macam ni memang panas! silap-silap muka penemuduga terus berubah riak. Ye la, mana tak nya, belum apa-apa lagi korang dah tanya pasal imbuhan itu ini. Nampak sangat kot, korang sebenarnya memang tak ikhlas langsung untuk bekerja lebih masa. Jangan lah berkira sangat kudrat dan tenaga tu. Kadang-kadang berlebih kurang pun perlu okay. Lagipun kalau korang kerja lebih masa dan bagi manfaat pada keuntungan syarikat, confirm ada sesuatu istimewa yang syarikat akan beri untuk iktiraf usaha keras korang tu. Janganlah risau!

2. ‘Berapa banyak gaji ditawarkan? Bagaimana pula dengan bonus?’

Ni lagi satu soalan pancung kepala! Weh, kerja tu pun belum tentu lagi korang dapat kot. Jangan lah sibuk tanya pasal gaji dengan bonus pula aduhai.. aduhai.. tolong la jangan gelap mata sangat sebab duit. Tak semestinya korang nak kerja sebab nak jadi hamba duit je, korang perlukan pengalaman jugak kan untuk bina dan ‘expand’ kerjaya korang di masa hadapan. Lagi pun benda-benda macam ni tak perlu tanya pun. Sebab bila korang dapat je kerja, HR confirm terangkan dekat korang dengan sejelas-jelasnya apa manfaat yang korang dapat bila korang sapu kerja ni. Masa dah dapat jumpa HR nanti korang pulun la habis-habis belasah la soalan apa pun yang korang masih musykil.

3. ‘Boleh ke saya buat kerja ‘part-time’ walaupun saya dapat kerja ni?’

Kalau korang tanya soalan macam ni, korang memang tengah ‘dig your own grave’ bak kata omputih. Sebab dah terang lagi bersuluh korang tak kan boleh bagi komitmen yang sepenuh nya untuk kerja ni. Jadi korang rasa penemuduga akan bagi tawaran kerja ni kat korang ke? hmm.. dalam mimpi pun belum tentu tau.

4. ‘Hmm.. Saya tiada apa-apa soalan pun setakat ini. Terima kasih.’

Ni kenyataan membunuh tau! sebab bila kenyataan macam ni meluncur keluar je dari mulut korang, ketahuilah bahawa korang baru je terlepas satu peluang keemasan untuk dapat kerja. Sebab bila tiba pengakhiran sesi temuduga, sepatutnya korang wajib tanya apa-apa soalan berkaitan syarikat yang korang kurang jelas. Wajib! kerana masa ni la korang boleh tunjuk kesungguhan dan keghairahan korang nak dapatkan kerja tu. Sekaligus bagi ‘impression’ yang baik la untuk diri sendiri, kira dapat markah lebih la untuk korang menyerlah berbanding calon lain.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.