Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tidak Perlu Berbelanja Tinggi Hanya Gunakan Bahan Yang Ada Di Rumah Untuk Hilangkan Bintik-Bintik di Muka

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap wanita pasti mengidamkan wajah yang cantik, sehingga sanggup berhabis ribuan ringgit bagi merealisasikan impian mereka . Namun, tidak semua produk yang dipakai memberi kesan yang positif pada wajah kita malah ada yang mendatangkan kesan sampingan.

Suatu ketika dahulu, nenek kita hanya memakai bedak sejuk pada wajah tetapi kulit mereka tidak kusam malah tetap berseri manakala kita mencuba pelbagai produk di pasaran tetapi jerawat dan sebagainya masih tetap tumbuh.

Hari ini penulis akan berkongsi tips daripada Marina Saringat, hanya dengan menggunakan beberapa bahan yang mudah didapati di sekeliling kita sudah dapat hilangkan biji milia atau biji kolestrol yang biasanya ada di bawah lingkaran mata hidung dan dagu.

Sebab yang mungkin boleh dikaitkan dengan tumbuhnya biji milia di muka kerana pencemaran, tidak mencuci “make-up”, perubahan hormon, dan kulit yang agak sensitif. Menggunakan bahan-bahan di bawah anda boleh menghasilkan dua skrub muka.

Tips 1

  • tembikai
  • lemon hijau

Tips 2

  • 1 Sudu Gula
  • 1 Sudu Minyak Zaitun
  • Kacaukan Gula Bersama Minyak Zaitun
  • Seterusnya Skrabkan Di Muka
Sumber Facebook: Marina Saringat

 

Sumber Facebook: Marina Saringat

 

Sumber Facebook: Marina Saringat

 

Sumber Facebook: Marina Saringat

Anda perlulah mengamalkan skrub ini berulang kali dan tidak semestinya memberikan kesan yang cepat., ia mengambil masa bagi memastikan kulit kita benar-benar sihat. Kadang-kadang cara semula jadi lebih memberi kesan kepada kulit. Kecantikan kulit bukan hanya bergantung pada produk yang digunakan tetapi gaya pemakanan juga perlu diambil perhatian.

Sumber: Marina Saringat

marlya syafikah