Siakap Keli
Gambar Hiasan

Nasa: Asteroid Gergasi Lintasi Bumi Pagi Esok

13 Jan 2019 – Satu batuan angkasa gergasi atau lebih popular dengan nama asteroid telah terbang melintasi Bumi pada pagi esok, dedah NASA.

Asteroid berkenaan yang diberi nama Asteroid 2019 AG3 melintasi Bumi pada 2.18 pagi GMT (UTC) dikesan oleh saintis di Jet Propulsion Laboratory (JPL).

NASA bagaimanapun memberitahu bahawa asteroid berkenaan tidak akan menghentam Bumi, namun melakukan pemerhatian disebabkan saiz asteroid berkenaan yang besar.

Menurut JPL, asteroid berkenaan dianggarkan mempunyai saiz lebar diantara 64 meter sehingga 140 meter. Saiz ini dikatakan menyamai panjang dua kali ganda kepak pesawat Boeing 747.

Mana-mana asteroid yang mempunyai lebar 140 meter ke atas dikategorikan sebagai Potential Hazardous Ateroids (PHAs) sekiranya batuan angkasa tersebut menghampiri Bumi.

NASA turut mendedahkan sebuah asteroid; 2016 AZ8; yang mempunyai kelebaran piramid Giza merentasi bumi pada jarak dekat iaitu pada jarak 2.8 juta batu pada minggu lepas.

Sumber: Express.co.uk

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.