Siakap Keli

Anak Makin Nakal Mungkin Disebabkan Cara Peluk Yang Salah, Lelaki Ini Kongsi Kaedah Sebetulnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Membesarkan anak bukanlah satu perkara mudah yang akan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang cabaran bagi ibu bapa. Setiap anak pasti memiliki sifat dan sikap mereka tersendiri.

Kadang-kala ibu bapa terlepas pandang kepada beberapa perkara yang dianggap remeh tapi kesannya boleh membawa keburukan.

Contohnya, pernahkah kita terfikir kalau perangai anak-anak yang semakin keras dan nakal mungkin disebabkan oleh cara pelukan kita yang salah selama ini. Percaya atau tidak, ia mungkin boleh jadi penyebab kepada masalah tersebut berlaku.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi penulisan dari saudara Taufiq Razif di laman Facebooknya mengenai kaedah memeluk anak dengan betul agar sentuhan dan kasih sayang diberikan meresap masuk ke dalam jiwa mereka.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Image result for hugging child

Mungkin cara kita peluk anak selama ni tak betul kot. Tu yang anak makin keras dan melawan!

Anak yang tak rasa dicintai dan disayangi memang akan lebih keras dan suka melawan. Padahal kadang kadang kita sayang je anak anak kita tapi rupa-rupanya mereka TAK DAPAT RASA.

Kita sayang je tapi mungkin mesej tu tak sampai kat anak kita!

Mungkin salah kita sebab kita tak belajar cara terbaik untuk MEREKA RASA apa yang kita rasa.

Image result for hugging child

Sini saya nak kongsi cara peluk yang betul :

1. Baiki dulu emosi kita. Jangan pergi peluk anak masa kita tengah stress melampau. Ambil deep breathing dulu dan ambil nafas daripada perut untuk tenangkan emosi.

2. Melutut dulu, biar mata kita dan anak kita tu selaras atau satu level. Masa ni kalau kita ada buat salah kat anak pun, kita boleh je mintak maaf. Tak jatuh pun derajat mak ayah kalau mintak maaf kat anak.

3. Jangan peluk anak dengan paksaan. Kalau anak jenis susah nak bagi peluk atau rimas kena peluk, pandai pandai la cari cara untuk pujuk mereka. Alih fokus dan perhatian mereka pada benda di luar sana. Tunjuk pada anak kita tu kereta tengah melintas ke, burung berterbangan ke atau si ayah tengah berdengkur ke.

Related image

4. Dah berjaya peluk anak tu, samakan bahagian dada kita dengan dada anak kita. Rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.

5. Ingat tau, jantung kita yang kat dada tu ada electromagnetic fields yang kuat yang boleh dikesan sejauh beberapa kaki daripada badan kita!

6. InsyaAllah dengan cara pelukan yang betul, anak kita akan lebih tenang dan dia akan boleh rasa yang dia disayangi.

7. Senakal nakal anak pun kalau dipeluk mereka akan kalah kerana keinginan untuk dipeluk itu adalah FITRAH TERINDAH mereka!

Selamat mencuba.

Saya suka ajar ilmu parenting di telegram saya. Klik link ni kalau nak join belajar dengan 130 ribu mak ayah yang lain 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

P/s : Tolong sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain ye sebab saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang ilmu ni.

Sumber: Taufiq Razif

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di