Siakap Keli

”Breast Kena Buang Dan Saya Tak Boleh Mengandung,” Angkara ‘Breast Filler’ Wanita Ini Tanggung Derita

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kerana ingin kelihatan cantik dan mempunyai aset yang mengiurkan, ramai wanita yang sanggup melakukan rawatan kecantikan hingga merisikokan nyawa sendiri. Malah, ada di antara mereka yang terlalu ‘berani’ hingga menggunakan servis daripada mereka yang tidak bertauliah dalam rawatan ‘breast filler’ atau pembesaran payudara.

Pendedahan oleh Khairul Yoi ini mungkin boleh dijadikan ikhtibar oleh semua wanita di luar sana. Nasib yang menimpa wanita ini umpama nasi sudah menjadi bubur. Manakan tidak, aset payudara yang diimpikannya bertukar mimpi ngeri apabila kedua-dua payudara terpaksa dibuang kerana jangkitan kuman. Lebih teruk, dia juga disahkan sudah tidak boleh mengandung. Ikuti perkongsiannya seperti di bawah.

Filler. Breast Filler Gone Wrong

Hangpa ni kan. Macam ni la. Masa cantik jelita sedap la cakap aku pelingkup bisnes melayu. Dah barai semua baru cari aku. Masa ni menyesai tak guna dah. Dah terlambat.

Ni kes salah sorang mangsa breast filler. Asalnya cuma terikut2 member, ntah apa yang ada dengan breast besaq pon aku taktau la. Buat dengan beautician yang tak bertauliah, dekat hotel, barang letak dalam luggage. Seriously dia boleh terpikiaq nak serah aset dia kat orang yang macam tu?

Dipendekkan cerita, breast jadi bernanah. Bila bagitau kat beautician tersebut, beautician tu pulak yang nak saman dia. Aku dah kata, tahun ni tahun babi. Memang kalau orang perangai babi ni tahun ni tahun dia menyerlah sikit. Akhirnya doc cakap breast tu mungkin terpaksa dibuang. Dari ada dua gunung yang indah walaupun kecik, pi repair bagi besaq, rosak, tinggai lah gunung gondoi. Menyesai pon tak boleh bagi balik dah dua ketui gunung tu.

Biaq lah kecik pun. Asal boleh kenyang bagi anak ngan pak menyusu. Jangan la hangpa maki hamun dia, dia pun dah menyesai dah. Dia dah cukup sedih dah. Cukup lah bagi nasihat untuk dia teruskan hidup.

Tolongla lepaih ni kalau hangpa nak buat filler mancungkan hidung ka dagu ka dahi ka kepala lutut ka, tak payah la. Fill otak dulu dengan ilmu. Kena infection tak pasai2 ja.

BREAST KENA BUANG, DAH TAK BOLEH MENGANDUNG

BERNANAH MAKIN TERUK

MAKAN UBAT TAK JALAN

BERBULAN MAKAN UBAT

DOKTOR CAKAP ADA JANGKITAN KUMAN DALAM DARAH

TAK JANJIKAN APA-APA KERANA SERVIS BUKAN PAKSAAN

TAK PERNAH PAKSA SESIAPA BUAT

NAK PROCEED LAWYER

LAPORAN DOKTOR

 

Sumber : Khairul Yoi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.