Siakap Keli

Jangan Nak Menipu Masa Jawab 3 Soalan Ni Dalam Temuduga Sebab ‘Interviewer’ Tahu

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Susunan butiran dalam resume dah lawa, padat dengan segala info berguna dan bernas sehingga majikan begitu tertarik dengan segala isi kandungan yang korang lampirkan dari segi pengalaman kerja ataupun pencapaian penglibatan korang sewaktu di kolej dulu. Tapi itu sahaja tak cukup untuk manambat hati majikan sepenuhnya, waktu interview lah mereka mahu menilai siapa diri kita yang sebenar.

Tak semestinya prestasi sahaja yang korang perlu tekankan pada majikan, persediaan moral juga memainkan peranan penting sepanjang waktu interview tersebut. Di saat itulah majikan akan menilai siapa diri korang yang sebenarnya, ramai calon yang gagal meraih kepercayaan majikan sewaktu temuduga walaupun mereka mempunyai karisma yang tinggi hanya kerana satu sebab sahaja iaitu tidak berlaku jujur.

Maukerja faham mungkin anda terlalu gugup sampai tergamam untuk menjawab soalan-soalan ‘tricky’ ini, lebih-lebih lagi  bila ditanya soalan yang mendorong korang untuk berkata sesuatu perkara yang negatif, jadi korang mengambil jalan mudah dengan memutarbelit cerita sampai menjejaskan reputasi korang terhadap majikan.

 

1. “Why Did You Quit Your Last Job?” / “Kenapa Awak Berhenti Dari Kerja Lama?”

Kami yakin bahawa kebanyakan calon berhenti kerja kerana mempunyai masalah politik atau krisis di tempat kerja lama, jangan beri jawapan lain yang menampakkan korang ini seorang yang tak komited dalam kerja contohnya “saya bosan dengan kerja lama, dan mahu cuba sesuatu yang baharu,”  majikan akan anggap bahawa korang takkan tahan lama di syarikat mereka.

Sebaliknya, jawab dengan jujur tapi dengan cara yang lebih professional seperti “I was having difficulty in terms of working environment, so i took a break in term of my EQ (Emotional Quotient), now that I am here today and I am able to handle this situation and handle new challenge”. 

 

 

2. “Why Are You Jobless For So Long?” / “Kenapa Awak Lama Menganggur?”

Dalam hal ini, majikan mula pertikaikan kenapa korang bazirkan masa terlalu lama tidak bekerja, dengan kekangan peluang pekerjaan yang agak terhad amat sukar untuk korang pastikan tawaran kerja itu sesuai atau tidak sehinggalah korang menemuinya. Memanglah korang perlu jujur tapi jangalah sampai ‘jujur’ sangat sehingga menampakkan korang ini pemalas atau terlalu memilih pekerjaan.

Berikan jawapan yang membina serta menampakkan korang ini seorang yang berkarisma tinggi seperti ini, “I am someone who doesn’t work and resign just because I am think that I am not suitable for this job. I am someone who wants to work, for a long tima. So, During this period I dod some research, I asked around and I think I found the position that I’m looking for that’s why I’m here today”

Oh ya! Jangan sesekali campurkan masalah peribadi masa temuduga!

 

3. “How Much Is Your Previous Salary” / “Berapa Gaji Awak Dulu?”

Ini perkara yang sensitif! Kebanyakan calon cuba mengambil kesempatan terhadap peluang tersebut hingga sanggup menipu majikan bagi memperoleh gaji yang tinggi, mereka boleh tahu gaji asal korang melalui KWSP, SOCSO!

Saat inilah korang boleh gunakan segala skill kemahiran, dan pencapaian yang korang perolehi untuk meraih kepercayaan majikan untuk berikan gaji lebih daripada kerja lama, dah tukar kerja baru, rate gaji pun mesti lah kena baru kan? Betul tak?

Jadi, jangan sesekali nak ‘klentong’ majikan sewaktu interview! Sebagai orang yang dah banyak pengalaman, mereka sudah banyak pengalaman dalam menilai calon-calon temuduga ini. Ada yang dah boleh ramalkan jawapan yang korang akan beri, namuan mereka ingin melihat cara penyampaian korang sahaja, sebab cara kita berkomunikasi mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya.

Haa, dah lama ‘jobless?’ Sampai sekarang belum dapat kerja? Jom layari Maukerja sekarang, kami bantu anda cari kerja sampai ngam!

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di