Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pembetulan: Asteroid Yang Lalui Bumi Pagi Ini Adalah 2019 AG3, Ini Adalah Fakta Mengenai Asteroid Tersebut

Terlebih dahulu penulis memohon maaf di atas salah faham fakta yang berlaku terhadap penyiaran artikel berkenaan asteroid pada tarikh 13.1.2019/Ahad. Terdapat dua asteroid yang melintasi hampir dengan Bumi iaitu Isnin lepas dan hari ini. Berikut adalah fakta mengenai asteroid yang melintasi Bumi hari ini. 

Satu asteroid gergasi yang dikesan radar dalam sebulan yang lepas telah terbang melintasi Bumi awal pagi tadi, seperti yang didedahkan oleh NASA.

Asteroid berkenaan yang diberi nama Asteroid 2019 AG3 melintasi Bumi pada 2.18 pagi GMT (UTC) dikesan oleh saintis di Jet Propulsion Laboratory (JPL).

NASA bagaimanapun memberitahu bahawa asteroid berkenaan tidak akan menghentam Bumi, namun melakukan pemerhatian disebabkan saiz asteroid berkenaan yang besar.

Menurut JPL, asteroid berkenaan dianggarkan mempunyai saiz lebar diantara 64 meter sehingga 140 meter. Saiz ini dikatakan menyamai panjang dua kali ganda kepak pesawat Boeing 747.

Mana-mana asteroid yang mempunyai lebar 140 meter ke atas dikategorikan sebagai Potential Hazardous Ateroids (PHAs) sekiranya batuan angkasa tersebut menghampiri Bumi.

Batuan angkasa berkenaan sekiranya menghentam Bumi boleh memberi kesan kepada kawasan seluas satu benua. Asteroid bersaiz 140 meter mempunyai tenaga hentaman sekuat 60 megaton TNT, lebih kuat daripada mana-mana ujian senjata nuklear yang pernah dilakukan manusia.

Bagaimanapun, tiada ancaman yang dibawa oleh Asteroid 2019 AG3 disebabkan jaraknya yang melintasi Bumi pada 4.9 juta kilometer.

Sehingga kini, asteroid terbesar yang diketahui dan dianggap sebagai PHAs adalah asteroid Apollo yang mempunyai saiz selebar 7 kilometer.

NASA percaya 2019 AG3 menghampiri Bumi daripada jarak 0.03303 astronomical units (au). Satu unit ukiran au mewakili jarak sejauh 149.6 kilometer iaitu jarak antara Bumi dengan Matahari.

Bagaimanapun jarak kedudukan tersebut berubah secara drastik kepada 4.9 juta kilometer awal pagi tadi. Jarak ini menyamai 12.68 kali jarak diantara Bumi dengan Bulan.

(Video)NASA Sahkan Asteroid Selebar Piramid Gaza Meter Lintas Bumi Pada Jarak Dekat Isnin Lalu

Sumber: Express UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.