Siakap Keli

Tak Boleh Dengar Suara Lelaki, Wanita Alami Penyakit Pelik Hanya Dengar Suara Berfrekuensi Tinggi

Seorang wanita di China alami penyakit pelik apabila dia mendakwa tidak boleh mendengar suara lelaki.

Chen yang berasal dari bandar Xiamen, Timur China bergegas ke hospital selepas dia menyedari tidak dapat mendengar suara teman lelakinya sejurus bangun dari tidur.

Doktor yang merawat cuba untuk mencari punca kepada penyakit pelik yang dialami Chen berikutan simptom yang ditunjukkan berlainan dengan simptom kebiasaan yang dialami oleh pesakit yang hilang pendengaran.

Malam sebelum kejadian, Chen mendakwa dia mengalami sakit dan deringan dalam telinga sebelum mengambil keputusan untuk tidur bagi menghilangkan kesakitan itu.

 

Chen juga mengadu bahawa dia tidak mendapat tidur yang cukup dan sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini berikutan tuntutan kerja yang banyak.

Di hospital, doktor mengesahkan Chen mengalami hilang pendengaran berfrekuensi rendah apabila dia tidak dapat mendengar suara yang lebih rendah dan mendalam (Deeper Sound).

Dia hanya dapat mendengar suara atau bunyi yang berfrekuensi tinggi, tajam dan nyaring seperti suara wanita apabila dia mendakwa mendengar dengan jelas suara doktor wanita yang merawatnya.

Menurut statistik, penyakit sebegini hanya dihidapi oleh satu daripada 13,000 pesakit yang mengalami masalah pendengaran.

Pakar menegaskan bahawa Chen seharusnya dirawat dengan cepat dan rapi bagi memastikan dia sembuh sepenuhnya.

Sumber: The Express Tribune

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar