Siakap Keli

Tweet Ucapan Tahun Baru Guna Iphone, Dua Pekerja Huawei Diturunkan Pangkat Dan Potong Gaji

CHINA- Dua pekerja syarikat telekomunikasi Huawei didenda selepas meeka didapati membuat ucapan selamat tahun baru di laman Twitter menggunakan peranti iPhone.

Pekerja di bahagian pemasaran digital itu memuat naik ucapan di laman twitter rasmi Huawei Teknologi pada 31 Disember yang lalu menggunakan peranti keluaran Apple itu dan membuatkan satu nota “Twitter for iPhone” muncul di bahagian bawah mesej tersebut.

Image result for Huawei worker tweet using iphone

Bagaimanapun, pihak Huawei segera memadam Tweet itu selepas mereka menyedari kesilapan yang berlaku.

Khamis lalu, tindakan disiplin telah dikenakan kepada dua orang pekerja terlibat selepas pihak Huawei memutuskan mereka untuk bertanggungjawab atas kesilapan tersebut.

Kedua-dua pekerja itu diturunkan pangkat dan dipotong gaji bulanan mereka dengan serta merta.

Dalam kenyataan Huawei, kesilapan berlaku kerana pekerja tidak dapat membuat ucapan menggunakan komputer kerana mengalami kerosakkan pada jaringan internet sebelum pekerja tersebut mengambil keputusan untuk menggunakan telefon bimbit jenis iPhone.

Syarikat Huawei bagaimanapun bukanlah syarikat telekomunikasi pertama yang membuat kesilapan memuat naik mesej menggunakan peranti jenama lain tetapi syarikat gergasi Samsung juga melakukan kesilapan sebegini berulang kali.

Sumber: South China Morning Post

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar