Siakap Keli
Press TV

(Video) Pesawat Kargo Boeing 707 Kyrgyz Terhempas, Kesemua Kru Dikhuatiri Maut

Sebuah kapal terbang kargo, Boeing 707 Kyrgyz milik Kyrgyzstan dilaporkan terhempas di barat negara tersebut, dipercayai akibat cuaca buruk.

Ketika kejadian, pesawat karogo berkenaan membawa seramai 9-10 orang kru, bagaimanapun tidak dapat disahkan nasib kesemua mangsa.

Menurut laporan SCMP yang memetik kenyataan daripada jurucakap agensi penerbangan Iran, Reza Jafarzadeh berkata pesawat berkenaan terlajak ketika dalam percubaan untuk mendarat.

Selain itu agensi penyiaran konservatif di Iran pula mendakwa bahawa pesawat kargo berkenaan merupakan pesawat tentera negara tersebut yang sedang membawa bekalan logistik daripada Bishkek, Kyrgyzstan.

Beberapa rakaman di lokasi kejadian juga turut tersebar.

Berita lanjut menyusul…

Sumber: SCMP, The Washington Post

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.