Siakap Keli

Berdekah HR Gelak Weh, Kalau Korang Buat 4 Perkara Ni Masa Temuduga

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bahagian pengambilan pekerja, majikan pasti akan lalui -situasi yang sama mengenai kelakuan calon-calon. Berbeza pula dengan jobseeker, mereka akan menganggap apa yang disuarakannya adalah satu benda baru.

Kesannya, sukar bagi diri majikan untuk mengenalpasti samada calon itu benar-benar layak ataupun tidak dengan apa yang dibentangkannya. Tapi, apa yang memudahkan bagi mereka adalah adalah penilaian dapat dilakukan dengan mudah jika calon tersebut tidak layak untuk bekerja dengan mereka.

Dalam 10 calon yang hadir 1 daripada mereka pasti ada nilai berbanding 9 lagi yang lain kan? Ataupun 2 daripada mereka disenarai pendek, seorang cemerlang, seorang bagus manakala 8 lagi biasa dan teruk! Golongan selebihnya ini hanya sekadar bahan lawak majikan selepas habis interview.

Jika anda tidak mahu berada dalam 8 atau 9 golongan ini, cuba elakkan daripada beri jawapan yang dikongsikan olah Maukerja ni.

1. “Saya Dah Buat Research Ni Tapi Saya Lupa”

Pada awalnya majikan bertanya “why we should hire you?” Anda dengan penuh yakin memberikan jawapan bernas sehingga majikan terpukau. “selain daripada menampung kehidupan, saya ingin mendalami kerja dalam bidang ini dan memberikan sumbangan terhadap syarikat ini?”

Namun bila majikan tanya “baik, jadi apa yang awak tahu mengenai syarikat ini?” dan anda berikan jawapan seperti diatas, kalau tak tahu terus terang. Itu sebablah pentingnya buat kaji selidik.

2. “Ada Tapi Tertinggal Dalam Kereta”

Bila diminta sebarang portfolio atau showreel, ini alasan anda. Jika benar, itu silap anda sendiri jika tak benar tak perlu menipu. Paling melucukan majikan apabila mereka memberi kelonggaran untuk anda dapatkannya tapi alasan lain dikemukakan, naik kereta mak lah, naik teksi lah, uber lah. Anda rasa majikan boleh pertimbangkan ke jika masih ada ramai lagi calon yang menunggu giliran di luar sana?

3.” Ya Saya Tahu, Ini Kan Pasal…”

Jika ditanya sebarang seorang mengenai isu-isu fakta, berikan jawapan yang tepat. Sekali lagi kami ulang, study! Jangan main jawab walaupun tak tahu apa-apa. Kalau tak tahu, cakap sahaja., jangan terpinga-pinga sehingga makan masa lama untuk berikan jawapan merapu!

4. “Saya Pernah Alami Situasi Sibuk Sebegini, Masa Saya Sekolah Dulu Saya Setiausaha Kelab Tugas Saya…”

Ada sesetangah sesi interview, majikan akan berikan satu situasi anda bagi menguji tahap ketahanan mengawal tekanan atau pengalaman mengandali sesebuah tugas, biasanya kerja seperti event management yang akan tanya soalan sebegini.

Jangan bagi jawapan ‘sembang’ macam diatas inikepada mereka. Jika anda graduan muda yang tidak terlibat dalam sebarang kurikulum, terus terang dan berikan jawapan yang anda betul-betul mahukan kerja ini.

Contohnya, “Saya memang tiada sebarang pengalaman dalam mengendalikan sesebuah majlis, tapi saya yakin sebagai orang baru saya ingin belajar dan mahukan pendedahan dalam industri ini, saya yakin inilah peluang saya mempelajarinya”.

Lebih kurang begitu lah, apapun attitude (bersikap jujur) memainkan peranan penting dalam interview! Mereka dah jauh berpengalaman dan tahu selok belok mengenali calon. Mereka dapat tahu samada ada jujur atau menipu, kalau jujur andalah tergolong dalam golongan 1 atau 2 itu. Kalau tak, hanya selebihnya yang menjadi bahan lawak mereka.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.