Siakap Keli

Enam Kebaikan Merangkak Untuk Orang Dewasa Dan Kanak-Kanak Yang Kita Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebiasaannya, sebelum memulakan langkah pertamanya, pasti bayi akan belajar merangkak sekitar usia 6 hingga 9 bulan. Merangkak dikatakan antara proses penting yang berlaku semasa pembesaran bayi.

Bayi akan mula belajar untuk mengimbangi diri menggunakan kedua-dua belah tangan dan lutut mereka sebelum mula merangkak kedepan dan belakang dengan laju.

Perkembangan setiap anak-anak berbeza mengikut kemampuan mereka, namun ibu bapa haruslah sentiasa memantau dan membantu anak-anak untuk membesar dengan sihat.

Terdapat aktiviti yang boleh kita lakukan bersama bagi membantu tumbesaran anak selain juga memberi kebaikan kepada kita.

Contohnya, merangkak. Siapa sangka rupanya merangkak bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi tetapi juga kepada golongan dewasa.

Mahu tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsian dari Puan Yatie Eimra tentang kebaikan merangkak untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang ditulis di laman Facebook beliau.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Related image

Kebaikan Merangkak Untuk Kanak-Kanak & Orang Dewasa 

Semalam punya cerita.. Since saya masih dalam mode berehat & tak boleh nak melayan bebudak ni buat aktiviti hands-on bagai.. Kita transfer je la tilam foldable ni jadi khemah/terowong/kubu untuk bebudak main & merangkak..

Fydh ni jenis kinestetik & tak boleh duduk diam. Biasa kalau tak dapat keluar (hujan, dsbnya), buat aktiviti fizikal untuk indoor ajela.. Kekadang si kecik ni main lompat² panjat², kekadang main indoor football, buat permainan jalan itik atau berjalan macam ketam, main askar², merangkak, dll. Kalau time sihat tu, dengan ummi dia sekali join merangkak. Hahah.. Merangkak ni bagus sangat untuk perkembangan otak & kekuatan otot. Bukan setakat bebudak tapi bagus gak untuk orang dewasa tau..

Image result for baby crawling

Antara Kebaikan Merangkak Untuk Kanak² & Orang Dewasa –

– Merupakan pergerakan asas yang merangsang koordinasi badan bahagian atas dan bahagian bawah (memerlukan bahu dan pinggul untuk bekerja bersama)

Salah satu bentuk latihan kekuatan+pergerakan yang terbaik. Ia membina kekuatan lateral iaitu keupayaan untuk memindahkan kekuatan dari bahagian bawah badan ke atas. Boleh dilakukan dengan menggerakkan anggota secara silang (tangan kanan-kaki kiri) atau gerakkan anggota pada sisi yang sama (ipsilateral), merangkak dengan menggunakan kekuatan tangan & lutut atau kekuatan lengan & kaki (seperti latihan military)

– Merangsang perkembangan gerakan refleksif (gerak balas semulajadi) iaitu keupayaan untuk bertindak cepat menggunakan kekuatan atau kestabilan. Contohnya jika seseorang membaling bola ke arah muka anda secara tiba², secara automatik tangan anda akan menepis bola tersebut. Orang yang kakinya tersadung sesuatu & berjaya berdiri tegak tanpa terjatuh menunjukkan perkembangan pergerakan refleksifnya (serta keseimbangan) yang sangat baik.

Related image

– Mengaktifkan perkembangan corpus callosum, iaitu bahagian dalam otak yang menghubungkan otak kanan & kiri. Ia membolehkan otak kanan & kiri berhubung & berkomunikasi – supaya kedua² belah kiri & kanan badan dapat berfungsi & bekerja bersama². Bukan sahaja merangkak, apabila anda membuat gerakan senaman/tarian baru, corpus callosum juga akan membina “hubungan” baru seterusnya memberikan manfaat kognitif yang amat signifikan.

– Meningkatkan self awereness dan dapat melihat dari perspektif yang berbeza. Lebih bagus sekiranya lakukan aktiviti merangkak bukan setakat ke hadapan tapi secara mengundur ke belakang, dan juga merangkak menghala ke sisi (kiri  kanan).

– Berperanan sebagai butang “Reset” bagi sistem saraf pusat. Merangkak merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan & meningkatkan respon terhadap stres – membolehkan anda pulih dari stres dengan lebih cepat! So mak² yang tengah stres tu, jom join anak buat aktiviti merangkak untuk hilangkan stres & release tensen.

Sumber: Yatie Eimra

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar