Siakap Keli

Gara-Gara Kritik Masakan Isteri Kurang Masin, Suami Ditikam 35 Kali Sampai Mati

Gara-gara mengkritik masakan isterinya, seoarang suami menemui ajal apabila dia ditikam sebanyak 35 kali oleh wanita itu.

Mangsa, Slava Davydkin, 43, dibunuh selepas mengadu masakan yang dihidang oleh isterinya tidak cukup garam ketika pasangan itu menerima kunjungan tetamu ke rumah mereka di Penza, Rusia.

Setelah itu, isterinya, Evgenia, 31, menunggu sehingga mangsa tidur dan menikamnya bertubi-tubi sambil disaksikan oleh anak perempuan mereka yang berusia empat tahun.

Gambar : Dailymail

Suspek kemudian mengejutkan tetamu lelaki dan memintanya menghubungi ambulans. Paramedik yang bergegas tiba di lokasi kejadian, mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Sewaktu soal siasat dijalankan, wanita itu mengatakan dia dan suaminya mulanya bergaduh setelah seseorang memberitahu hidangan yang dimasaknya adalah hambar dan menunjukkan wanita itu tidak menyayangi suaminya.

Gambar : Dailymail

Wanita itu yang tersinggung mengaku melakukan pembunuhan itu dengan menggunakan pisau dapur dan ditangkap polis di kediamannya.

Difahamkan, ini bukan kali pertama pasangan itu bergaduh dan mereka sering mengalami masalah.

Manakala, penduduk di kawasan kediaman itu pula mengkritik tindakan pihak berkuasa membenarkan suspek terus tinggal di rumah itu di bawah kawalan polis untuk menjaga anak perempuannya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 19 tahun dengan bekas isterinya terdahulu.

Sumber : Dailymail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.