Siakap Keli

Ibu ‘Flush’ Bayi Dalam Lubang Tandas 5 Kali, Bayi Tersangkut Dalam Lubang Hingga Meninggal Dunia

Kejamnya duhai mu ibu. Seorang remaja berusia 16 tahun tergamak ‘membunuh’ bayi yang baru dilahirkannya dengan cara membuang mangsa ke dalam mangkuk tandas. Lebih menyayat hati, bayi yang dipam berulang kali itu tersekat separuh badan di dalam mangkuk tandas itu ketika ditemui.

Suspek pada mulanya mengadu sakit perut dan dihantar oleh ibu bapanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan dalam kejadian khamis lalu di Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia.

Bagaimanapun ketika menunggu nombor giliran, suspek telah pergi ke bilik air dengan alasan mahu membuang air besar. Akibat terlalu lama, ibu suspek merasa curiga lantas mengetuk pintu untuk bertanya keadaan anaknya itu.

Lokasi kejadian – Detiknews
Gambar : Detiknews

Setelah suspek membuka pintu, ibunya panik melihat anaknya telah melahirkan bayi yang ketika itu berada di dalam mangkuk tandas lantas segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak hospital untuk meminta bantuan.

Difahamkan, ahli keluarganya tidak mengesyaki bahawa remaja itu hamil kerana dia berbadan gempal. Suspek juga sering mengenakan pakaian besar beserta jaket supaya kandungannya tidak kelihatan bagi mengaburi mata ahli keluarganya.

Gambar : Detiknews

Hasil siasatan polis mendapati, setelah dilahirkan, bayi yang masih bernyawa itu telah dicekik oleh suspek terlebih dahulu. Kemudian mangsa diletakkan ke mangkuk tandas dan disiram dengan air sebanyak lima kali.

Ketika siraman terakhir itulah mangsa terjatuh ke dalam lubang tandas sehingga separuh badannya dari pinggang ke kaki tersekat dalam lubang tandas hingga meninggal dunia.

Suspek telah mengakui melahirkan bayi tersebut dan memang berniat menyebabkan kematiannya bayinya itu. Suspek bakal berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara atas kesalahan sengaja menganiaya bayinya yang baru dilahirkan sehingga meninggal dunia.

Sumber : Detiknews

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.