Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jangan Biarkan ‘Keselesaan’ Bayi Anda Menyumbang Kepada Sindrom Kematian Mengejut (SIDS)

Bagi ibu bapa yang pernah dengar tentang Sindrom Kematian Mengejut Bayi atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) merupakan mimpi ngeri untuk mereka. Sindrom ini akan berlaku pada bayi yang berusia 1 bulan hingga 1 tahun.

Ramaikah ibu bapa yang mngambil tindakan setelah tahu akan sindrom ini? Atau biarkan saja dan masih mengguna cara tidurkan anak secara berniarap?

Setiap tahun seramai 2,000 bayi yang zahirnya nampak sihat, meninggal dunia selepas bangun pagi. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan 95% kes SIDS melibatkan bayi berusia 6 bulan ke bawah dan 60 % daripadanya berlaku ketikabayi berumur antara 2-4 bulan.

Ada antaranya dikenalpasti mengalami kerosakan pada bahagian otak kerana kekurangan bekalan oksigen. Ada juga yang berhadapan dengan masalah sistem imunisasi dan gangguan metabolisme. Lazimnya, bayi yang kekurangan oksigen semasa tidur akan terjaga dan menangis.

Tapi, berbeza pula dengan bayi yang mengalami masalah kerosakan pada bahagian otak. Bayi ini kurang atau tiada langsung mekanisme perlindungan untuk bertindak balas sekiranya lemas. Jadi hati-hatilah menjaga bayi anda.

Mari kita kenali tabiat harian yang anda selalu lakukan mungkin akan menyumbang kepada faktor sindrom kematian mengejut ini.

1.  Pakaian terlalu tebal

Jangan memakaikan pakaian baju berlapis-lapis boleh menjadikan suhu badan bayi terlalu panas dan meningkatkan risiko sindrom ini berlaku. Tanda-tanda bahawa bayi anda mungkin terlalu panas termasuklah berpeluh, rambutnya basah, ruam lampin dan penafasan yang cepat.

Sebelum anda mengenakan pakaian tersebut, rasalah suhu badan anak anda sama ada da terlalu panas atau sejuk.

2. Persekitaran asap rokok

Sebagaimana yang kita tahu, bayi yang terdedah kepada asap rokok sangat berisiko tinggi. Tapi benarkah setiap bapa tegar merokok mengambil tahu tentang ini? Walaupun anda tidak merokok, tetap jauhkan bayi anda dari asap rokok orang lain. Paling menyedihkan, apabila ibu hamil merokok, gejala SIDS akan lebih mudah didiami oleh bayi yang bakal lahir nanti.

3. Bayi tidur meniarap

Jangan ambil mudah untuk senangkan kerja ibu bapa, bayi ditidurkan secara meniarap. Anda perlu tahu risiko besar jika anda menidurkan anak anda secara meniarap kerana bayi yang sedang tidur tidak diketahui akan tertutup mulut dan hidungnya sehingga lemas. Hendaklah sentiasa awasi andak anda jika tidur meniarap, keraplah meninjau keadaannya sewaktu tidur.

4. Tilam atau selimut bayi terlalu lembut dan berlapis

Setiap ibu bapa mesti nakkan keselesaan pada anak tersayang. Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya. Juga berhati-hatilah dalam memilih fabrik untuk cadar dan bantal bayi. Menggunakan selimut yang berlapis-lapis adalah tidak digalakan untuk bayi.

5. Penggunaan pelapik tilam plastik

Elakkan daripada menggunakan tilam yang beralas plastik. Jika anda bimbang tilam anda kotor, anda tidak seharusnya menggunakan plastik sebagai alas malah ini akan menambahkan masalah sekiranya bayi anda lemas dan mengalami SIDS. Sebaliknya, jika perlu gunakanlah pelapik tilam yang khasuntuk bayi anda.

Sumber:

  1. https://www.webmd.com/parenting/sids-prevention#1
  2. https://pipandgrow.com/what-is-sids/
  3. https://www.medicinenet.com/sids/article.htm#what_is_sudden_infant_death_syndrome_sids
  4. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sudden-infant-death-syndrome/symptoms-causes/syc-20352800

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang