Siakap Keli

Jenama Sandal Terkenal FitFlop Buat Sale Sehingga 60%, Harga Sandal Serendah RM99

Mengenakan kasut ataupun sandal yang cantik pada kaki, adalah satu perkara yang sangat penting terutamanya kepada mereka yang mementingkan penampilan diri. Ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit bagi bertukar-tuar rekaan, jenama dan trend semasa kasut.

Persoalannya, kenapa anda perlu bayar mahal sekiranya ada tawaran untuk anda memiliki kasut dan sandal berjenama serta berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan?

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan kunjung tiba tidak lama lagi, jenama sandal terkenal daripada United Kingdom, FitFlop akan mengadakan jualan Gila-Gila yang menawarkan pelbagai jenis sandal dengan rekaan moden pada harga yang sangat tidak masuk akal.

Anda mesti pernah mendengar sandal jenama FitFlop, bukan? Buat yang masih belum tahu, sandal daripada FitFlop memberikan keselesaan optimum pada tapak kaki sekali gus membolehkan anda bergerak dengan bebas disebabkan kualitinya yang tinggi.

Selain itu, rekaan sandal FitFlop yang sangat menarik dan ‘selangkah’ di hadapan berbanding sandal-sandal jenama pesaing. Dengan rekaan moden yang ditawarkan, sandal FitFlop malah sesuai untuk dikenakan dengan sebarang tema pakaian, terutamanya jika anda sukakan gaya yang minimalis.

Paling penting, harga yang ditawarkan oleh FitFlop kali ini sangat-sangat berpatutan. Bayangkan, pada hari biasa sandal FitFlop boleh dimiliki pada harga sekitar RM399 dan ke atas, tetapi bersempena Jualan Gila-Gila ini, semua peminat sandal FitFlop dan anda yang tercari-cari sandal baru boleh tersenyum puas kerana potongan harga yang ditawarkan adalah serendah RM99. Wow!!!

Lebih daripada itu, FitFlop juga menawarkan peluang istimewa kepada anda untuk memiliki dua pasang sandal bersempena Jualan Gila-Gila ini pada harga RM250! Satu tawaran yang sangat-sangat berbaloi dan amat rugi untuk dilepaskan kerana sandal yang dijual adalah bukan sebarangan jenama.

Antara model-model sandal daripada FitFlop yang menerima potongan lumayan, khas untuk anda adalah model Flip Sandal, Luna Pop, Sweetie, Superchain, Pierra dan Ringer Sequin pada harga RM250 untuk dua pasang.

Selain itu, model-model seperti Linny Pear Stud, The Rola, Skinny Cristal, The Roka, Linny Slide Sandal dan Lulu Cross Sandal pula boleh dimiliki pada harga RM350 untuk dua pasang.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki sandal jenama FitFlop pada harga ‘murah gila’ bersempena Jualan Gila-Gila yang bakal diadakan :

Tarikh : 18 sehingga 21 Januari 2019

Masa : 10 pagi sehingga 9 malam

Tempat : The Space, 2nd Floor, City Mall di Ara Damansara, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook FitFlop Malaysia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.