Siakap Keli

Kerja ‘Lari Bidang’ Tak Boleh Berjaya? Wanita Ini Buktikan Itu Hanya Sekadar Mitos

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Sebab itu lah orang kata lulusan kos di universiti tidak menjamin korang untuk dapat kerja yang sama dan tepat dengan apa yang dipelajari. Rezeki masing-masing berbeza dan tidak perlu lah gusar mencari juga kerja yang kena dengan kos di uni. Kalau kerja yang korang minati berbeza dengan apa yang dipelajari, maka teruskan.

Seorang blogger ini Aida Sue berkongsi dengan Maukerja kisah selok-belok bagaimana dia mencari kerja dengan kelayaakan yang langsung tidak kena. Ijazah dalam bidang lain.

Sarjana dalam bidang lain juga dan akhirnya bidang kerja yang diminati pun berbeza! Yang penting di sini ialah keyakinan diri.

“Saya seorang graduan bachelor kejuruteraan Mekanikal di sebuah Universiti di Jepun, tetapi saya minat kerja Marketing”

Aida Sue merupakan seorang graduan Degree Kejuruteraan Mekanikal di sebuah Universiti di Jepun. Dia pernah menajdi seorang jurutera di kilang selama 3 tahun 1/2 tapi minatnya bukan di situ. Dia minat untuk menulis dan bercakap, dan kerja yang sesuai adalah bidang Marketing.

Dia bermula dari bawah dengan belajar bidang marketing offline dan online, menjadi penulis, jurugambar, wartawan tak bertauliah, kejar cerita baru, dan pendek kata dia mencuba melakukan kesemua benda baru. Biarpun gaji biasa-biasa sahaja, tetapi dia amat meminati kerja tersebut.

“Selepas bekerja 2 tahun 1/2, sambung MBA di UK pula”

Sempat juga lah kekal untuk menjadi penulis di syarikat tersebut selama 2 tahun 1/2 sebelum membuat keputusan utuk sambung belajar. Dia ambil keputusan untuk sambung belajar dalam bidang yang lain juga, iaitu MBA (Mastere of Business Administration) di University of Aberdeen.

Walaupun banyak suara-suara nyaring yang memperlekeh kerana hanya belajar MBA sahaja di UK, tetapi dia tetap terus bersemangat untuk menamatkan Master. Di sini dia berkongsi tips-tips temuduga kerja dalam menjawab soalan-soalan cliche.

Tips temuduga kerja: Ijazah lain, Sarjana lain dan kerja pun lain

1. Kena sentiasa bersedia dengan soalan cliche

“Dahulu awak ambil Degree lain, kenapa ambil kursus sarjana lain dan kenapa tiba-tiba lompat bidang dan kerja?” 99% penemuduga yang dia hadiri memang ini lah soalan pertama yang akan keluar dari mulut mereka. Korang kena sediakan jawapan yang boleh menyakinkan penemuduga. Sebabnya mereka takut kalau ambil korang, lambat-laun nanti minat korang sudah berubah dan korang akan berubah bidang kerja pula.

2. Cuba jual pengalaman kerja selain dari pekerjaan tetap korang

Sewaktu penemudga bertanya soalan mengenai diri, cuba korang jual pengalaman kerja selain dari pekerjaan tetap. Macam contoh, jika korang giat dalam bidang kebajikan, sukarelawan, mengembara, cuba kaitkan kemahiran yang ada dengan pengalaman-pengalaman ini. Selepas tu, kaitkan juga dengan kerja yang dimohon tu. Banyak company bukannya hanya mencari mereka yang bijak, tetapi berkemahiran dan mempunyai minat yang mendalam.

3. “Boleh ceritakan skop pekerjaan anda yang terdahulu secara terperinci?”

Part ni jangan sesekali nak menipu. Resume korang tu biar jujur 100% jangan nak twist ayat sebab nak bagi nampak gempak. Kenapa ianya salah, sebab nanti korang sendiri yang tergeliat lidah nak menjawab dan kalau korang menipu memang susah la nak menggoreng.

4. ” Apa yang anda tahu mengenai kerja ini?”

Sebab itu lah pentingnya korang buat research dan homework. Jangan membuta-tuli je pergi temuduga kerja dengan 0% pengetahuan pasal kerja serta syarikat tersebut. Cara selamat, selidik dahulu siap-siap.

5. “Berapa gaji yang awak mahu?”

Ini soalan tricky, terlampau tricky. Katakan korang lulusan sarjana dan memohon kerja yang jauh dari bidang belajar. Berapa gaji yang korang mahu minta? Berdasarkan kelulusan atau pengalaman kerja? Jangan letak melampau tinggi yang tidak masuk akal. Korang kena selidik dahulu nilai diri korang dalam market baru lah boleh beri angka kepada penemuduga.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.