Siakap Keli

Pakar CV Ni Kongsi Rahsia Cipta ‘Pitching’ Letops, Untuk ‘Smooth’ Kan Permohonan Kerja

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Korang tau ke apa itu pitching?Kalau nak tau baca perkongsian penuh maklumat daripada pakar Resume dan CV ni sebab dia nak kongsikan ‘rahsia’ pitching eksklusif untuk korang tau!

Semoga dengan sedikit pencerahan daripada Maukerja ni, korang rasa lebih jelas dan mudah untuk mohon kerja lepas ni ya. Jom baca!

Korang yang ‘job hunter’ ni mesti ramai yang pernah gunakan website Jobstreet yang popular tu sebagai medium memburu pekerjaan kan?

Kalau korang perasan, bila korang nak apply je mana-mana jawatan kosong kat website Jobstreet ni korang digalakan untuk isi satu ruangan yang diberi nama ‘Make your pitch!’  dalam satu kotak biru macam gambar kat atas ni haa..

Korang tau tak yang Pitch ni sebenarnya penting? Walaupun ramai pemohon kerja yang mengabaikanya!

Sebagai contoh, untuk jawatan “Business Development Analyst” yang saya iklankan ini telah menerima beratus-ratus permohonan, namun hanya 5-10% sahaja yang pitch.

Contohnya, macam perkongsian dari seorang coach perkongsian CV yang bernama Ameirul Azraie ni, kalau korang apply untuk jawatan ‘Buisness Development Analyst’ yang diikilankan beliau. Beratus-ratus permohonan yang diterima namun sayangnya hanya 5 – 10 % sahaja pemohon yang menggunakan ruangan pitch tersebut.

Manakala menurut beliau, daripada jumlah purata pemburu kerja yang melakukan pitch, hanya 1% – 2% sahaja pitch yang benar-benar menarik perhatian. Di bawah ini beliau sertakan bagaimana recruiter menerima permohonan kerja korang melalui emel. Dan bila korang buat pitching, pitching tersebut akan berada dalam dalam kotak biru sebagai highlight kepada recruiter.

Kata beliau, kalau ada pitching dan korang gunakan nya dengan sebaik mungkin dengan menulis pitch yang spesifik, ringkas dan padat untuk kerja yang korang mohon. Confirm permohonan korang akan menarik perhatian recruiter weh!

Tapi korang kena pastikan pich korang tu ada dua perkara penting ni juga iaitu, Competencies dan match dengan jawatan kerja yang korang mohon tu. Baru la peluang untuk korang di panggil temuduga tu cerah bak matahari menyinar di pagi hari gitu.

Tambahnya lagi, kalau korang ni job seeker yang power! Korang memerlukan sedikit masa untuk mengolah dan mencipta pitching yang baik serta tak ambil remeh perkara ni.

So korang dah tau tips rahsia bagaimana nak buat pitching yang baik kan? Lepas ni boleh la aplikasikan nya di setiap permohonan kerja korang. Semoga manfaat ni berterusan dan dapat bantu korang dapat kerja yang di idamkan okay. Goodluck!

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.