Siakap Keli

Rimas Tengok Rambut Menggerbang Dalam Bas, Warga Emas Potong Rambut Penumpang Lain Sewaktu Tidur

Seorang warga emas lelaki diberkas polis selepas menggunting rambut penumpang dihadapannya sewaktu tidur di dalam bas di Hong Kong.

Menurut salah seorang saksi, lelaki berusia 65 tahun yang menggelarkan dirinya sebagai tukang gunting rambut berasa terganggu dengan rambut panjang menggerbang milik wanita tersebut.

Sewaktu insiden, mangsa yang berusia 25 tahun sedang menaiki bas Citybus menuju ke Estet Wah Kwai sebelum tertidur di dalam kenderaan tersebut sekitar pukul 9 pagi.

Rambut mangsa yang terjuntai ke belakang membuatkan lelaki tersebut berasa rimas kerana terkena bahagian lututnya sebelum dia mengambil keputusan untuk mengguting rambut wanita itu.

“Dia mengeluarkan sebilah gunting dari begnya dan terus menggunting rambut wanita yang duduk dihadapannya,” jelas salah seorang saksi yang juga penumpang dalam bas tersebut.

Beberapa orang penumpang lain cuba untuk menghalang perbuatan lelaki tersebut dan mengejutkan mangsa yang sedang tidur.

Wanita tersebut terkejut sebelum menangis melihat rambutnya dipotong oleh lelaki yang tidak dikenali.

Pelaku sempat mencuba untuk melarikan diri namun ditahan oleh pemandu bas dan beberapa penumpang lain sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Ketika disoal mengapa dia membawa gunting di dalam beg, lelaki itu menyatakan bahawa dia seorang tukang gunting rambut.

Sumber: South China Morning Post

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar