Siakap Keli
Gambar : Amsterdam News

6 Makanan Ini Dilarang Makan Mentah Kerana Bahaya Pada Tubuh, Nombor 5 Ramai Selalu Makan

Kalau anda nak tahu, bukan semua makanan seharian kita boleh dimakan secara mentah. Nampak seperti selamat, tetapi sebenarnya mengundang bahaya kepada tubuh badan. Ditambah pula dengan tabiat suka memasukkan bahan-bahan memasak dalam mulut secara spontan, betul tak mak-mak?

Jom kita semak senarai di bawah ini. Ada di antaranya yang ramai gemar makan secara mentah kerana ingin rasa lebih fresh terutamanya nombor 5 tu. Jangan ambil mudah, cegah sebelum terlambat. Semoga memberi manfaat kepada semua!

1) Kentang

Gambar : Liputan 6

Kentang yang belum direbus, digoreng atau dimasak, jangan sesekali dimakan mentah. Jika dimakan mentah boleh menyebabkan kesan angin dalam badan. Anda akan mengalami banyak gas dalam perut, kerap kentut dan kembung perut.

Lebih menakutkan, jika kentang dibiarkan lama dalam keadaan panas atau kawasan yang basah, ia akan bertukar menjadi warna hijau dan menghasilkan toksik ‘solanine’ yang mengakibatkan keracunan makanan. Kalau anda melihat tompok hijau pada kentang, jangan cuba untuk makan ya!

2) Tepung

Gambar : Google

Ada ke tepung dicampur air dan dimakan begitu sahaja? Kalau ada, baik anda hentikan tabiat itu sekarang. Menurut dari kajian beberapa institusi kesihatan Amerika Syarikat, memakan tepung mentah berpotensi memberi pelbagai masalah kesihatan.

Mengejutkan lagi apabila tepung berkemungkinan membawa patogen seperti E.coli yang hanya akan hilang apabila dimasak. Sangat berbahaya jika anda makan secara terus tanpa dimasak.

3) Sosej

Gambar : Google

Sosej merupakan makanan berproses yang sudah tentunya tidak berkhasiat tapi ada yang pula selamba makan ia secara mentah kerana sudah direbus setengah masak.

Namun menurut kajian, adakah anda tahu pembungkusan sosej boleh terdedah kepada  kuman/bakteria Listeria yang boleh dibunuh dengan hanya cara memasak sosej tersebut. Ingat, basuh dan rebus atau goreng dahulu sosej sebelum makan. Jangan ambil mudah kerana boleh menjejaskan kesihatan anda.

4) Susu

Gambar : Appreciate

Tahukah anda, susu yang terus diminum dari lembu tanpa ditapis atau pasteur mengandungi bakteria merbahaya seperti E.coli dan Salmonella. Individu yang meminum susu mentah lebih dari 150 kali boleh menghidap penyakit bawaan makanan. Jangan ambil risiko!

5) Taugeh

Gambar : eat this much

Kami yakin pasti ramai yang gemar makan taugeh secara terus. Tidak dinafikan, taugeh sememangnya kaya dengan vitamin dan kebaikan untuk kesihatan.

Namun, anda perlu ingat, taugeh tumbuh dalam kawasan yang lembab dan bakteria mudah membiak. Pastikan anda sentiasa membeli taugeh yang segar dan bukan direndam selama beberapa hari kerana risiko jangkitan bakteria.

6) Terung

Gambar : Google

Ada ke yang pernah makan terung secara mentah? Tahukah anda terung segar mungkin mengandungi toksik Solanine. Anda boleh mengalami angin, kembung perut dan keracunan makanan jika makan terung tanpa dimasak.

Sumber : Reader’s digest

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.