Siakap Keli
Gambar Hiasan

Demam Viral Bukan Untuk Kanak-Kanak Saja, Tapi Orang Dewasa Juga Mudah Terjangkit

Umum mengetahui demam viral adalah demam akibat virus. Penyakit yang disebabkan oleh virus adalah salah satu penyebab demam yang sering terjadi pada orang dewasa yang rendah imuniti dalam badan.  Bagi kanak-kanak juga boleh terjangkit dengan demam ini.

Demam dengan sendirinya bukan penyakit, tetapi ia merupakan gejala penyebab utama jangkitan virus. jangkitan virus boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, usus, paru-paru dan saluran udara yang lain.

Demam yang bersuhu tinggi biasanya merupakan tanda sistem imum badan memerangi virus yang mengganggunya. Demam ini tidaklah menjadi kebimbangan kerana ia boleh sembuh tanpa sebarang perubatan dan rawatan khas.

Sekiranya anda terkena demam viral ini, anda mungkin mencari rawatan yang palimg cepat dan berkesan. Ini ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan dengan segera.

1. Tidur dengan cukup

Anda perlukan beberapa helai selimut yang cukup untuk memanaskan badan anda sebagai keselesaan untuk tidur merehatkan badan semasa dijangkiti demam viral ini. Anda perlukan tidur yang cukup untuk kembali sihat seperti sedia kala.

2. Minum air secukupnya

Minum air putih sebanyak yang mungkin untuk  menghidrasikan merawat demam viral ini dalam badan anda. Minum air yang banyak untuk menjaga air kencing anda supaya tidak bertukar ke warna gelap.

3. Menyediakan tempat khas ubat-ubatan

Sediakan tempat-tempat yang sesuai untuk meletakkan ubat supaya boleh membantu anda mengurangkan beberapa gejala demam viral ini.

4.  Sentiasa mempunyai masa sendiri

Sentiasa luang masa untuk diri sendiri seperti pergi ke sauna ataupun mandi wap kerana akan mengurangkan rasa sakit badan dan kesesakan sinus.

5. Jangan pergi ke tempat yang sesak dan dipenuhi orang ramai.

6. Sentiasa kuku kemas

Ibu bapa hendaklah pastikan kuku anak anda dalam keadaan yang bersih daripada habuk dan kotoran degil. Pastikan anda dan anak basuh tangan dengan cara yang betul dan bersih. Selain itu, bekalkan anak anda dengan makanan yang berkhasiat.

7. Jauhkan diri daripada terkena hujan

Nak atau tidak sekarang adalah musin monsun hujan yang tidak jangka. Bagi orang dewasa elakkan diri daripada terkena hujan pada awal permulaan minggu hujan tersebut kerana akan berikan masalah kulit untuk anda. Bagi kanak-kanak, jauhkan daripada terkena hujan sehingga cuaca dalam keadaan stabil.

 

Sumber;

  1. https://www.healthline.com/health/viral-fever#warning-signs
  2. https://doctor.ndtv.com/diseases/viral-fever
  3. https://www.fastmed.com/health-resources/viral-fever-treatment/
  4. https://www.indiatoday.in/lifestyle/wellness/story/viral-infections-harm-monsoon-tips-safe-malaria-dengue-bird-flu-disease-15998-2016-06-24

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang