Siakap Keli

Lelaki ‘Berlakon’ Tanam Bangkai Kucing Tapi Sebenarnya Mayat Anak Perempuan

Seorang lelaki yang bekerja sebagai juru landskap didapati bersalah selepas membuat helah meminta izin untuk menanam bangkai kucing di laman milik pelanggannya tetapi sebenarnya menanam mayat anak perempuannya sendiri.

Menurut pemilik rumah, Thurman Dunn, lelaki yang dikenali sebagai David Zuber itu menelefonnya untuk meminta izin menanam bangkai kucing di belakang rumah miliknya. Thurmann yang sedang bercuti sempena Hari Natal pada ketika itu hanya bersetuju dengan permintaan David berikutan tiada perkara pelik yang berlaku.

Bagaimanapun, David yang ditugaskan untuk mencabut rumput, membersihkan semak dan lalang mula berkelakuan aneh selepas kejadian itu.

Pada awal Januari, pihak berkuasa menyerbu rumah milik Thurman dan menggali di bahagian belakang dimana pelaku menanam bangkai kucingnya dan mereka menemukan mayat anak perempuan David yang berusia setahun.

Jelas Thurmann, mayat bayi tersebut ditemui dibawah bangkai anjing perliharaan mereka dan dibungkus dengan dua lapis plastik putih yang diletakkan dalam sebuah beg hitam.

Thurmann bingung dengan kejadian tersebut dan tidak menyangka David akan bertindak sekejam itu dengan menanam mayat anak perempuannya di bahagain belakang rumah miliknya.

Pihak polis mula menjalankan operasi mencari mayat bayi tersebut selepas salah seorang ahli keluarga David melaporkan bahawa bayi iu lemas.

Jelas polis, David bersama teman wanitanya meninggalkan anak mereka di dalam tab mandi yang dipenuhi air berseorang hingga bayi tersebut lemas.

Kini pasangan tersebut ditangkap dan ditahan atas kesalahan penderaan kanak-kanak hingga menyebabkan kematian.

Sumber: KOAT

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar