Siakap Keli

Mampu Raih Ratusan Ringgit Semalam, Pengemis Ditahan Akui Miliki Harta Setengah Juta

Seorang pengemis di Jawa Tengah telah ditahan pihak berkuasa mengakui memiliki harta hampir setengah juta ringgit.

Menurut laporan Tribun.news, kekayaan yang dimiliki oleh pengemis tersebut meliputi aset seperti wang tunai, kenderaan dan juga rumah.

Dia ditahan ketika operasi membasmi aktiviti mengemis dijalankan oleh Satpol PP Pemkab Pati, Sabtu lepas.

”Setelah disoal siasat, dia mengakui memiliki sebuah rumah yang bernilai RM 73 ribu, tanah bernilai RM 80 ribu selain simpanan dalam akaun bank bernilai RM 262 ribu,” Ketua Satpol PP Pemkab Pati, Udhi Harsilo Nugroho.

Malah, pengemis itu juga mengakui mampu mendapat keuntungan ratusan ringgit setiap malam apabila keluar mengemis di jalanan.

Udhi juga mengingatkan orang ramai di Indonesia bahawa aktiviti mengemis dan memberi wang kepada pengemis adalah satu kesalahan, dan meminta orang ramai jangan menganggap semua pengemis adalah orang yang susah.

Menurut Udhi lagi, sesetngah pengemis juga didapati mempunyai akaun simpanan yang khusus bagi menyimpan hasil pendapatannya.

Bagaimanapun pengemis berkenaan telah dibebaskan dan wangnya tidak akan dirampas, tetapi diberi amaran supaya tidak mengulangi aktivitinya lagi.

Sumber: Tribun.news

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.