Siakap Keli
Gambar : GPS Bestari

”Sayur Ubi Kayu Dan Budu Itulah Bekal Anak-Anak Setiap Hari,” Sebak, Ibu Bapa Tabah Besarkan 7 Anak Dalam Kemiskinan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berat mata memandang, berat bahu yang memikul. Melihat kepada kehidupan daif yang dilalui oleh 9 beranak di Kampung Bukit Pauh, Gual Ipoh, Tanah Merah ini ternyata menjentik emosi. Dihimpit dengan kemiskinan serta pelbagai dugaan hidup, bukan calang-calang manusia mampu mengharungi setiap ujian ini dengan tabah dan berlapang dada.

Ketua keluarga, Roslan Kori, 38, yang dulunya menjadi tempat bergantung kini tidak mampu lagi bekerja menyara kehidupan mereka kerana mengalami ketumbuhan dalam perut.

Bagi membantu suaminya, isterinya, Wan Rosmini Mat Leh, 33, menjaja kulat sisir dan siput gondang ditemani anak sulung mereka. Hasil yang tidak seberapa ituah menyuap mulut 9 beranak ini.

Namun kini masalah bertimpa apabila anak bongsu berusia 20 hari yang baru dilahirkan disahkan pula mengalami masalah jantung berubang dan memerlukan rawatan susulan. Bukan sedikit kos yang diperlukan, apatah lagi mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.

Ibu ayah ini tiada pilihan selain terpaksa mengikat perut demi pembelajaran anak-anak yang bersekolah serta perbelanjaan sampingan keluarga.

Menurut Rosmini, setiap hari dia akan memasak dan bekalkan  anak-anak ke sekolah dengan nasi berlaukkan sayur ubi kayu dan budu sahaja kerana tidak cukup duit belanja. Biarpun dihimpit kemiskinan, baginya itu bukan penghalang kerana pembelajaran anak-anak mampu mengubah masa depan mereka sekeluarga.

“Apa pun saya berharap nasib anak-anak saya akan berubah selepas ini. Walaupun  dua anak saya terpaksa jalan kaki ke sekolah sejauh 10 kilometer setiap hari, saya tidak sanggup jika mereka ponteng sekolah dan tertinggal dalam pelajaran.

“Biarlah keluarga kami  miskin harta sekali pun, namun pelajaran anak-anak  perlu diteruskan demi masa depan mereka,” katanya.

Difahamkan, nasib keluarga ini juga telah mendapat  perhatian pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tindakan susulan telah dilakukan pihak terbabit.

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan terhadap keluarga ini boleh berbuat demikian melalui akaun Agro Tani atas nama Wan Rosmini Mat Leh di nombor akaun 2006671000190842.

Sumber : GPSBestari, Rosalwani Che Soh

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.