Siakap Keli

Siapa Sangka Khasiat Nenas Bertindak Seperti ‘Power Bank’, Elak Jadi Pelupa Dan Boleh Turunkan Berat Badan – Dr. Rizal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai diantara kita ada yang berpendapat buah nenas tak boleh dimakan selalu kerana dianggap merupakan antara buah yang mengandungi bahan asidik kuat, risau akan menyebabkan pedih perut.

Namun, ramai juga yang tidak mengetahui khasiat buah nenas yang mempunyai 1000 jenis manfaat untuk kesihatan tubuh badan.

via GIPHY

Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar menerusi Facebook miliknya menceritakan bagaimana kelebihan buah nenas ini kepada sel otak.  Nutrisi yang ada padanya dikatakan mampu menghalang berlakunya penyakit alzheimer.  Mari baca penjelasan beliau, semoga perkongsian ini bermanfaat.

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok CikPuan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja.

Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Vitamin yang cantikkan kulit.

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.
Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link ni kalau nak join t.me/neuroversiti
#DrOtak
#Neuroparenting
#cocoOCOC

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di