Siakap Keli

4 Cara Untuk ‘Spot’ Syarikat Itu Ada ‘Toxic Culture’ Sewaktu Interview

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Berikan perhatian sepenuhnya sewaktu interview bagi memastikan bahawa syarikat itu tidak bermasalah, kalau tidak nasib anda akan buruk kerana terperangkap dalam ‘jerat’ majikan bekerja di tempat yang teruk. Pasti anda tidak mahu lagi mengharungi saat-saat getir untuk mencari kerja semula kerana dah salah pilih tempat kan?

Hari-hari mula dan pulang ke kerja dengan muka yang suram, menganggap pekerjaan anda merupakan sesuatu bebanan dalam hidup. Semuanya sebab budaya di tempat kerja yang begitu teruk

Sebenarnya kita boleh hidu sikap syarikat itu sejak waktu interview lagi. Jangan ingat majikan bersenang lenang dan calon-calon sahaja perlu berusaha keras untuk menambat hari majikan. Anda pergi interview, bukannya ujibakat rancangan realiti.

Anda sebagai calon juga memainkan peranan penting dalam memilih syarikat yang betul demi memastikan anda senang dengan kerja yang anda lakukan. Jadi, Maukerja kongsikan cara ‘hidu’ sikap dan kelakukan majikan sewaktu interview adakah mereka melakukan perangai buruk ini tanpa disedari.

1. Banyak Berselindung

Apabila ditanya mengenai perihal kebajikan, interviewer sendiri tak tahu nak jawab ataupun cuba putar belit info sehingga calon sendiri naik kusut dengan penerangannya, walaupun anda minta kepastian daripadanya.

Ada kemungkinan yang majikan itu dah menipu anda hidup-hidup! Kelak bila dah mengambil tawaran bekerja, apa yang dijanjikan satu pun tak ada.

2. Penjelasan Terhadap Syarikat Kurang Jelas

Sebelum interview, puas anda buat research terhadap syarikat, tapi tak jumpa info walaupun sedikit pun. Apabila ditanya sewaktu interview, majikan jawab tergagap-gagap. Ada kemungkinan besar bahawa syarikat itu adalah scam! Jangan terima tawaran itu!

3. Pilih Calon Tangkap Muat

Si majikan telah jadualkan hari interview, namun apabila harinya tiba Majikan sendiri terpinga-pinga, mungkin terlalu banyak kerja sampai semua benda lupa. Agak keterlualuan, apabila panel lain sendiri tidak mengetahui bahawa hari itu adlaah hari interview. Dari situ kita dah dapat lihat bahawa pengurusan syarikat tersebu sangat tak sistematik.

4. Tak Realistik

Anda sebagai calon yang berpengalaman hadir interview di syarikat baru, namun apabila majikan menerangkan terhadap sasaran yang sangat tidak relevan untuk dicapai dalam masa yang singkat. Jangan ambil! Jangan disebabkan tawaran yang agak lumayan, anda merana dikemudian hari.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.