Siakap Keli
Gambar : Rinto Heksantoro/detiknews

Janggal, Bayi Baru Lahir Diberi Nama ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ Rupanya Bermaksud Ini

‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ nama seorang bayi perempuan berusia 7 bulan yang mungkin kedengaran agak janggal. Nama unik tersebut diberikan oleh ibu bapanya Hartadi Sudrajat, 41 dan Imah Suciyati, 29.

Hartadi berkata, nama yang dipilih kepada cahaya mata pertama mereka itu mempunyai makna tertentu dan bukannya direka tanpa maksud yang jelas.

“Seviyeli bererti bijaksana dalam bahasa Turki, manakala Roumeli Hissar pula merupakan sebuah benteng yang berada di Istanbul.

“Manakala, angka 1453 adalah tahun kejayaan tentera Islam yang dipimpin Muhammad Al-Fatih (Sultan Mehmed 11) yang menakluk Kota Konstantinopel,” kata Hartadi ketika ditemui sumber di rumahnya di Purworejo, Jawa Tengah.

Dia berharap dengan nama tersebut, anak perempuannya mampu menjadi anak solehah, bijaksana dan kental seperti benteng di Turki dan memiliki keperibadian seperti Muhammad Al-Fatih.

Namun, beliau mengakui pada awalnya mereka terpaksa berdepan kesukaran untuk mendaftar nama berkenaan.

”Pihak Jabatan Pendaftaran belum pernah mendaftarkan angka pada nama, jadi mereka terpaksa berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri, namun alhamdulillah mereka meluluskan nama tersebut,” kata Hartadi.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan, Suciyati berkata, pada mulanya beliau agak janggal dengan nama tersebut.

“Nama Seviyeli itu saya yang berikan tetapi panggilannya hanya Sevi. Pada awalnya terasa pelik dengan nama anak kami. Tapi nama itu juga satu doa, biarpun kedengaran pelik tapi ia memiliki tujuan  yang baik,” kata Suciyanti.

Sumber : Detik news

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.