Siakap Keli

Jumpa Sebungkus RM150,000 Dalam Almari, Pekerja Pindah Barang Tekad Pulangkan Balik Kepada Pemiliknya

Sebagai apa pun kita bekerja, sikap jujur dan amanah perlu menjadi elemen utama dalam mengerjakan pekerjaan yang telah dipertanggungjawabkan.

Pokok pangkalnya, setiap individu perlu menjadikan sifat jujur dan amanah di ‘tangga’ paling atas ketika melakukan kerja-kerja seharian terutamanya kerja-kerja yang melibatkan orang lain.

Kisah seorang pekerja ini memulangkan kembali apa yang bukan menjadi haknya wajar dijadikan contoh bagi semua orang.

Cerita ini bermula apabila seorang pekerja pemindahan barang di Singapura menjumpai lebih RM150,000 di dalam sebuah almari milik pelanggannya.

Syarikat perkhidmatan pindah barang itu dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi mereka memberitahu hal itu apabila salah seorang pekerja mereka, Jake bertindak untuk mengembalikan wang yang dijumpai dan tidak sengaja ditinggalkan di dalam almari terbabit.

Ini Jake. Salah seorang lelaki terbaik kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana kejujurannya yang tidak ramai orang lain boleh lakukan dengan baik.  Sikap ini adalah sangat penting dalam insdustri kami dimana pelanggan telah memberi kepercayaan ke atas barangan yang menjadi tanggungjawab kami.

“Jake ketika menjalankan tugasnya di salah sebuah premis pelanggan kami, dia menjumpai sejumlah wang tunai bernilai $50,000 yang dibungkus di dalam beg plastik di tepi sudut kabinet.

“Wang tersebut dipercayai milik pelanggan kami.

“Justeru itu, Jake membuat langkah yang paling baik dengan memulangkan kesemua wang kepada pelanggannya.

Sekali lagi, terima kasih kepada Jake diatas kejujuran anda dan kami harap anda akan bersama kami bertahun-tahun lagi.”

Sumber: Prestige Moving Services

Nur Farra